Connect with us

Oh! Media

Individu Dakwa Sudah Bercerai Dengan Syamsul Yusof Sebaik Pulang Kerjakan Umrah, Ini Jawapan Dari Puteri Sarah

puteri sarah

Oh! Artis

Individu Dakwa Sudah Bercerai Dengan Syamsul Yusof Sebaik Pulang Kerjakan Umrah, Ini Jawapan Dari Puteri Sarah

Kisah rumah tangga selebriti Puteri Sarah bersama suaminya, Syamsul Yusof masih belum reda selepas ada orang ketiga telah mengganggu.

ADVERTISEMENT

Disebabkan isu yang sudah tentunya memeningkan kepala, Sarah dilihat telah pergi menunaikan umrah bersama anak-anaknya dan bercuti di sana untuk menenangkan fikiran.

Bagaimanapun, ada pula pihak yang mendakwa Sarah dan Syamsul sudah bercerai. Perkara ini telah dikongsikan oleh Sarah sendiri di Instagram Story selepas ada individu yang inginkan kepastian.

Akan cerai sebaik sahaja pulang dari umrah?

Kawan saya kata sis balik dari umrah, husband sis nak ceraikan sis? Itu yang kawan saya kata, mungkin Ira Kaza story semua dekat kawan saya tu. – Soal individu terbabit.

Ini komen dari Puteri Sarah..

Sarah yang sudah penat dengan isu ini mengakui malas nak memberikan apa-apa komen. Apapun, dia menafikan dakwaan yang dilemparkan oleh pihak ketiga terbabit dan menyatakan mereka masih suami isteri.

Status kami masih suami isteri. Sebenarnya, malas nak komen banyak, tetapi kalau ini rancangan dari pihak ketiga, semoga berjayalah. – Katanya.

Syamsul tak abai nafkah anak-anak..

mStar yang cuba mendapatkan penjelasan lanjut dari Sarah menyatakan Syamsul masih berjumpa dengan anak-anak dan tidak pernah mengabaikan nafkahnya.

Nafkah anak-anak macam biasa memang tak pernah abai. Syamsul ada datang jumpa selalu. Okay saja tak ada masalah.- Jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Sarah sudah melantik dua peguam, Datuk Akberdin dan Tetuan Akberdin bagi menyelesaikan konflik rumah tangganya. Sarah juga akan memaklumkan tarikh dari mahkamah jika sudah menerimanya nanti.

Semoga hubungan keluarga yang dibina mereka selama ini dapat diselamatkan.

Kredir: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas