Connect with us

Oh! Media

Iman Troye Minta Maaf Kurang Sensitif Isu Covid-19, Sharnaaz Ahmad Tinggalkan ‘Pesanan’

Iman Troye

Oh! Artis

Iman Troye Minta Maaf Kurang Sensitif Isu Covid-19, Sharnaaz Ahmad Tinggalkan ‘Pesanan’

Selepas teruk dikecam atas kerana memuatnaik status kontroversi di Twitter sehinggakan trending selama dua hari, penyanyi Iman Troye akhirnya membuat permohonan maaf secara umum di Instagram nya atas gurauan tentang kes COVID-19 semakin meningkat.

BACA: ‘Mana Mai Artis Jagung Pucuk Ubi Ni’ – Sharnaaz Ahmad Bengang Dengan Iman Troye

Iman Troye atau nama sebenar Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin mengakui kesilapannya kurang sensitif mengenai gurauan yang dilakukannya di Twitter baru-baru ini mengenai kes COVID-19 di negara ini yang meningkat setiap hari.

IKLAN
Iman

Iman tampil memohon maaf secara umum di Instagram nya berkata,

Saya minta maaf di atas kesilapan yang dilakukan. Saya sedar sebaik sahaja saya muat naik ciapan tersebut, twit itu sangat mengelirukan dan saya mengakui perkara itu.

Ia adalah satu perkara yang tidak sensitif yang saya buat. Saya sepatutnya lebih tahu mengenai hal ini. Saya tiada niat nak sakitkan hati sesiapa terutamanya petugas barisan hadapan dan pesakit Covid-19.

Saya minta maaf. Insha Allah saya akan belajar dari kesilapan. Perkara ini sememangnya tak patut berlaku. Saya betul-betul minta maaf. Terima kasih kepada semua yang menegur. Saya akan cuba jadi lebih baik.

Penyanyi yang popular dengan lagu Teman ini turut berterima kasih kepada orang ramai yang telah menegur kesalahan yang dilakukannya. Dia juga berjanji untuk lebih menjaga tingkah laku dengan baik selepas ini.

Sharnaaz

Di ruangan komen, pelakon Sharnaaz Ahmad yang sebelum ini menyelar kenyataan Iman Troye turut meninggalkan pesanan untuknya supaya lebih berhati-hati dan tidak mengulangi kesilapan.

Kredit: Iman Troye

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas