Connect with us

Oh! Media

“I’m Good” – Kecoh Isu Cerai, Netizen Beri Sokongan Buat Siti Saleha

Oh! Artis

“I’m Good” – Kecoh Isu Cerai, Netizen Beri Sokongan Buat Siti Saleha

Tiada angin tiada ribut, rumahtangga pelakon berbakat, Siti Saleha dikatakan dalam keadaan bergolak apabila dia dilihat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor pada pagi Rabu bagi sebutan kes penceraiannya.

ADVERTISEMENT

Perkhabaran itu tentu sekali mengejutkan kerana dia tidak pernah membuka kisah peribadi di media sosial mahupun kepada pihak media.

Terbaru, pelakon ini mencuri tumpuan orang ramai apabila memuat naik foto dengan kapsyen seolah-olah menggambarkan keadaannya kini. Menurut pelakon yang popular dengan watak Mia Adriana ini, dia berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

Meninjau ke ruangan komen, perkongsian pelakon ini dihujani kata-kata semangat daripada para peminat. Mereka berharap Siti Saleha atau lebih mesra dipanggil Sally kuat menempuhi ujian ini.

siti saleha

Tak kurang juga yang berseloroh mengaitkan Sally dengan watak Mia Adriana dalam Tujuh Hari Mencintaiku. Dalam siri drama itu, Mia merupakan seorang gadis yang angkuh dan ego.

siti saleha
siti saleha

Semoga segala urusannya dipermudahkan.

Kredit: Siti Saleha

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas