Connect with us

Oh! Media

Ibu Shaheizy Sam Dituduh Langgar SOP, Sekali Tunjuk Gambar Buat Netizen Terdiam

Khaty Fauziah

Oh! Artis

Ibu Shaheizy Sam Dituduh Langgar SOP, Sekali Tunjuk Gambar Buat Netizen Terdiam

Siapa tak kenal Shaheizy Sam? Seorang pelakon berbakat tanah air yang pernah mencipta fonomena dalam bidang industri menerusi lakonannya.

BACA: (VIDEO) “Patutlah Lama Menghilang..” – Peserta Olimpik Iras Shaheizy Sam Cuit Hati Netizen

Sam yang popular dengan filem Polis Evo itu terus mendapat perhatian netizen selepas berjaya mendapatkan tubuh yang sasa demi menjiwai watak dalam filem tersebut.

IKLAN

Selain itu, Sam juga turut mengutamakan ibunya, Khaty Fauziah, dalam pelbagai jua keadaan sehingga pernah digelar sebagai ‘anak mak’.

Ibu Shaheizy Sam dikecam?

Baru-baru ini, ibu kepada Shaheizy Sam itu telah menerima kecaman daripada netizen selepas dituduh melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP).

Perkara itu terjadi selepas dia telah berkongsikan beberapa gambar di laman Instagramnya memaparkan dirinya yang telah berjumpa dengan anak-anaknya selepas lama tidak ketemu.

Perkara itu mendapat perhatian netizen yang mempersoalkan perihal merentas negeri ibu pelakon tersebut yang dilihat telah melanggar SOP.

Buat rawatan jantung

Berhubung dengan perkara itu, Khaty Fauziah telah tampil menjelaskan perkara sebenar selepas menerima tomahan daripada netizen.

Menerusi hantarannya di laman Instagram, Khaty telah berkongsikan gambar surat rawatan berkaitan masalah jantung yang dihidapinya sebagai bukti bagi menjernihkan keadaan.

Assalamualaikum. Saya sebenarnya tidak perlu buktikan apa-apa berkenaan peristiwa semalam yang menjadikan sebahagian daripada kamu semua bertelagah sehingga melemparkan pelbagai sindiran.

Menurutnya, dia yang menetap di Melaka terpaksa datang ke Kuala Lumpur bagi menjalani rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN).

Tentu anda tahu saya baru menjalani procedure jantung 3 bulan yg lepas. Tentu lah saya perlu ke IJN untuk buat rawatan susulan.

Saya kena bermalam di rumah anak yang ada anak ramai. 

Selain itu, dia juga turut mengikuti SOP dengan melakukan swab test dan menunggu di luar rumah selama 15 minit sebelum masuk ke rumah anaknya.

Sehubungan itu, Khaty atau nama sebenarnya Fauziah Khatijah Musa menasihati orang ramai agar saling menghormati hati dan perasaan orang lain.

Dia juga turut memohon maaf jika dirinya melakukan kesilapan selain turut menyatakan dia hanyalah manusia biasa yang tidak pernah lari dari berbuat silap.

Kredit: Instagram Khaty Fauziah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas