Connect with us

Oh! Media

“Ia Bukan Bahan Jenaka” – Amin Idris Selar ‘Video Palestin’ Aliff Syukri

Oh! Artis

“Ia Bukan Bahan Jenaka” – Amin Idris Selar ‘Video Palestin’ Aliff Syukri

Baru-baru ini, tular video yang dimuat naik usahawan terkenal, Dato’ Aliff Syukri bersama Isterinya, Datin Seri Nur Shahidah, yang telah melakonkan satu babak mengenai Palestin.

ADVERTISEMENT

BACA: Terasa Sunyi, Aliff Syukri Bakal Keluarkan Lagu Terbaru

Mereka melakonkan situasi seolah-olah berada di Palestin apabila terlihat berlaku tembakan dan isterinya berpura-pura mati, sementara beliau meneruskan aksi peperangan.

Ia bagaimanapun telah mengundang pelbagai reaksi yang rata-ratanya mengecam video tersebut yang menganggap tidak sensitif terhadap isu yang berlaku.

Aliff juga turut dilihat bergurau dengan bertanya adakah beliau layak dijadikan sebagai Menteri Pertahanan Malaysia.

Amin Idris beri nasihat

Namun, video tersebut turut mendapat perhatian daripada penceramah motivasi, Amin Idris yang dilihat turut menyelar tindakan Aliff Syukri.

Hal itu berikutan tindakan Aliff yang turut memasukkan lagu latar belakang suara orang ketawa dan merasakan bahawa kandungan video tersebut adalah tidak sesuai.

Pengacara berusia 40 tahun itu memuat naik kenyataannya di laman Instagram berkata, video tersebut menjadi tidak sesuai selepas dikaitkan dengan situasi di Palestin.

Secara umumnya, video itu tidak ada masalah. Sekadar nak buat kelakar. Yang jadi masalah bila dikaitkan dengan PALESTIN.

Untuk info Datuk, perang Palestin ‘is not a joke’. Mohon lebih sensitif.

Bayangkan kalau kita ditempat rakyat Palestin, apa perasaan kita di kala ahli keluarga terkorban ada pula yang dijadikan bahan lawak?

Pernah menasihatinya sebelum ini

Menerusi hantarannya, Amin mengakui pernah memberikan teguran kepada usahawan itu berkenaan tindakannya itu melalui isterinya.

Namun, Aliff Syukri dilihat mengendahkan nasihatnya dan terus tetap dengan tindakan-tindakannya yang seringkali membuka aib sendiri.

Nasihat saya buat diri saya, Dato’ dan semua, nak buat content pun biarlah ia memberi nilai ilmu dan TIDAK MERENDAHKAN AKAL

Mengakhiri kenyataanya, Amin juga turut menyertakan beberapa pesanan daripada Saidina Ali RA berkaitan ilmu yang perlu digunakan sebaik-baiknya.

Kredit: Instagram Amin Idris I Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas