Connect with us

Oh! Media

Terasa Sunyi, Aliff Syukri Bakal Keluarkan Lagu Terbaru

Aliff Syukri

Oh! Artis

Terasa Sunyi, Aliff Syukri Bakal Keluarkan Lagu Terbaru

Di musim pandemik ini, masyarakat terpaksa menghadkan aktiviti di luar rumah bagi mengelakkan sebarang penularan serta jangkitan berlaku.

Dalam tempoh ini, sudah semestinya mereka akan berasa bosan atau sunyi tanpa melakukan sebarang aktiviti luar dan lebih membahagikan masa di rumah.

BACA: Masih Terasa Hati, Aliff Syukri Maafkan Arwah Wani Comel

IKLAN

Namun, terdapat juga masyarakat yang memanfaatkan tempoh itu bagi meluangkan masa bersama keluarga yang dilihat jarang dilakukan sebelum ini.

Cadang keluarkan lagu baharu

Perkara itu turut mendapat perhatian daripada usahawan kosmetik tempatan, Dato’ Sri Aliff Syukri yang dilihat ingin memanfaatkan tempoh berada di rumah.

Usahawan berusia 34 tahun itu menerusi hantaran di laman Instagramnya telah menyuarakan hasrat ingin merakam lagu baharu selepas beberapa buah lagu diterbitkan sebelum ini.

Rugi suara merdu tak digunakan

Menerusi hantarannya itu, beliau mencadang ingin mengeluarkan lagu baharu bertajuk “sunyi” selepas mendapat ilham akan perasaan sunyinya berada di rumah.

Awak saya sunyi apa patut saya buat? Okey tak kalau saya nak keluarkan lagu baru bertajuk “sunyi” awak boleh tak?

Selain itu, Aliff Syukri turut menyatakan bahawa akan timbul kerugian jika suaranya yang merdu hasil kurniaan daripada Maha Pencipta tidak digunakan sebaik-baiknya.

Rugi anugerah Allah berikan suara yang merdu saya tak gunakan.

Setakat ini, beliau telah terlibat dalam enam buah lagu termasuklah lagu Lala Raya yang diterbitkan bagi sambutan hari raya Aidilfitri baru-baru ini.

Netizen beri pelbagai reaksi

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata komen daripada pengikutnya di laman Instagram telah memberikan pelbagai reaksi akan niatnya itu

Screenshot 824
Screenshot 825
Screenshot 826

Namun, terdapat juga pengikutnya yang memberikan sokongan akan niatnya itu walaupun rata-rata komen dilihat tidak bersetuju dengan lagu tersebut.

Screenshot 830
Screenshot 831
Screenshot 832

Setakat ini, hantaran itu telah mendapat lebih daripada 13,000 tanda suka serta sebanyak 645 komen telah ditinggalkan.

Kredit: Instagram Aliff Syukri

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas