
Oh! Artis
“I See Uncle First” – Anak Aliff Aziz, Ayden Tamatkan Renang 400m
Ayden, anak Aliff Aziz berjaya tamatkan renang 400m. Tapi nama Syed Saddiq jadi sebutan
Acara Langkawi Swim Fest baru-baru ini jadi lebih bermakna bila anak sulung Bella Astillah, Ayden berjaya menamatkan cabaran renang sejauh 400 meter.
Kejayaan Ayden bukan je mengundang rasa bangga ramai, tapi juga menyentuh hati netizen bila dia dedahkan siapa yang beri semangat terbesar untuknya.
Ayden sebut nama Syed Saddiq…

Dalam satu sesi live TikTok, ada yang bertanya siapa yang bagi semangat untuk Ayden habiskan acara renang tu. Jawapan jujur Ayden?
I see uncle (Syed Saddiq) first.- ayden.
Ungkapan pendek tu cukup buat ramai tersentuh. Syed Saddiq, Ahli Parlimen Muar, rupa-rupanya mainkan peranan penting dalam momen hebat Ayden.
Rata-rata netizen sebak dan berterima kasih kepada Syed Saddiq yang dilihat dekat dengan Ayden, tapi dalam masa sama, ada yang persoal kenapa nama Aliff Aziz langsung tak disebut.
Tumpuan terarah kepada hubungan anak-bapa…
Maklumlah, Aliff ialah bapa kandung Ayden. Tapi bila anak kecil tu hanya sebut nama “uncle” Syed Saddiq, ramai mula persoal di mana kedudukan sebenar si ayah dalam hidup Ayden.
Sekali lagi, tumpuan netizen kembali kepada isu hubungan Bella, Aliff dan anak-anak. Dalam keadaan Ayden sedang membesar dan melalui fasa emosi yang kompleks, siapa yang benar-benar ada di sisi nampaknya jadi perhatian utama.
Pssttt! Kadang-kadang, anak kecil tak perlu berpura-pura. Mereka akan sebut nama siapa yang betul-betul hadir dan memberi makna dalam hidup mereka. Momen Ayden ni mungkin kecil di mata sesetengah orang, tapi ia dedahkan siapa sebenarnya yang jadi “hero” di hati dia. Harap semua pihak lebih peka dan utamakan emosi anak, bukan ego masing-masing.
Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
