Connect with us

Oh! Media

Hun Haqeem Diarah Bayar Ganti Rugi RM613,950 Kerana Langgar Kontrak MIG

hun haqeem

Oh! Artis

Hun Haqeem Diarah Bayar Ganti Rugi RM613,950 Kerana Langgar Kontrak MIG

Seorang lagi pelakon dikatakan telah melanggar kontrak dan kali ini tindakan akan dikenakan ke atas pelakon lelaki, Hun Haqeem.

ADVERTISEMENT

Perkara ini dimaklumkan sendiri penerbit MIG, Datuk David Teo di mana Hun Haqeem telahpun didapati bersalah atas kes perlanggaran kontrak.

David Teo berjaya buktikan kerugian yang dihadapi di mahkamah…

David Teo memaklumkan mahkamah sudahpun memutuskan untuk Hun membayar ganti rugi sebanyak RM613,950 kepada syarikat miliknya, Metrowealth.

Pada 27 November 2023, Mahkamah Rayuan sudah membuat sidang virtual dan memutuskan rayuan kami dibenarkan berhubung liabiliti dengan kos sebanyak RM15,000.

Keputusan Mahkamah Tinggi berkenaan kes ini, dia (Hun) kena kembalikan ganti rugi sebanyak RM613,950 dengan syarat, saya buktikan semua kos kerugian.

Mahkamah juga mengetepikan perintah mahkamah tinggi untuk bayar balik tunggakan sebanyak RM30,240.

Difahamkan, Hun mempunyai kontrak bersama MIG selama lima tahun dan kemudian keluar pada 2021, meninggalkan baki kontrak lebih kurang dua tahun lagi.

Waktu itu, namanya sedang ‘meletup’. Sebab itulah kerugian jadi besar. Kalau dia keluar waktu baru masuk, tak ada kerugian sebab kami tak labur banyak. Tapi, ini dah labur, sebab itu banyak tawaran kerja dia batalkan. Bila batal, jadi kerugian.

Setakat ini, Hun baru berjaya membayar separuh dari jumlah RM30,240 dan sekiranya gagal, secara automatik akan diisytiharkan muflis.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas