Connect with us

Oh! Media

“Hisap Rokok Pun Tak” – Raja Afiq Berang Difitnah Ambil ‘Barang’, Jawab Dakwaan Ditanggung Isteri

raja afiq kurus

Oh! Artis

“Hisap Rokok Pun Tak” – Raja Afiq Berang Difitnah Ambil ‘Barang’, Jawab Dakwaan Ditanggung Isteri

Pelakon Raja Afiq baru-baru ini mendedahkan dia mengalami masalah kesihatan dan berat badan turun mendadak didakwa kerana terkena buatan orang.

ADVERTISEMENT

Namun, timbul pula cerita tak sedap apabila seorang pelakon lelaki didakwa kurus sebab ambil barang terlarang. Netizen mula memetik nama Raja Afiq berdasarkan ‘hint’ yang tersebar.

BACA: Pelakon Lelaki Didakwa Menagih Dadah, Mengaku Terkena Buatan Orang Hanya ‘Wayang’?

Terbaru, pelakon drama Sayangku Kapten Mukhriz ini menafikan sekerasnya dakwaan tersebut. Menerusi temu bual bersama mStar, Raja Afiq yang ditemani isterinya berkata, dia tak akan maafkan individu yang menyebarkan fitnah.

Raja Afiq nafi ambil dadah

Katanya, barangkali orang yang menuduhnya mengambil barang terlarang adalah individu sama yang menghantar ilmu sihir kepadanya.

Hisap dadah apa nya? Aku rokok pun tak hisap. Macam mana tu?

Jelas pelakon berusia 29 tahun ini lagi, apa yang berlaku dalam hidupnya hanya isteri je yang tahu. Dia bukanlah seorang yang suka sibuk hal orang tetapi malangnya ada juga yang dengki sehingga sanggup menutup periuk nasinya.

Tak teragak ambil tindakan undang-undang

raja afiq nafi ambil dadah

Mengenai dakwaan hidup ditanggung pula, isterinya, Soffwany Yusoff berkata ianya bukanlah satu kesalahan.

Kita adalah suami isteri, kita kahwin untuk saling membantu, saling melengkapi bukannya untuk membebani.

Bagi Raja Afiq pula, mungkin orang yang bercakap di belakangnya ‘teringin’ untuk ada isteri yang sanggup membantu seperti Soffwany.

Dia pula bukanlah sengaja tak mahu bekerja, dia ada tulang empat kerat tetapi kini dia berada di bawah.

Apa-apa pun dia tak akan memaafkan penfitnah dan meminta netizen berhenti mengecamnya kerana dia tak teragak-agak untuk ambil tindakan undang-undang.

Video penuh:

Kredit: mStar | Instagram Raja Afiq

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas