Connect with us

Oh! Media

Harris Annuar Buat Laporan Polis, Diugut Santau Oleh Individu Tak Dikenali

Oh! Artis

Harris Annuar Buat Laporan Polis, Diugut Santau Oleh Individu Tak Dikenali

Pelakon Harris Annuar nekad membuat laporan polis apabila menerima ugutan santau daripada individu tidak dikenali menerusi laman Instagramnya bagi melindungi keselamatan diri.

ADVERTISEMENT

Perkara ini dikongsikan oleh Harris sendiri melalui akaun Instagram semalam dengan memuat naik gambarnya memegang laporan polis yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Shah Alam, Selangor.

“Kepada pemilik Instagram @hahaha_mat yang baru saja tukar nama ke @buat_smpoi (saya tahu dia akan tukar lagi selepas ini), saya ada hadiah raya untuk awak. 

“Alhamdulillah, dengan bantuan sahabat-sahabat dalam Instagram, kami semua tahu gambar yang dipakai adalah milik orang lain. Tak lama lagi lokasi awak pun kami semua akan tahu,” tulisnya.

Pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan itu juga turut menyerahkan semua bukti paparan skrin mesej yang dibuat oleh individu berkenaan sebagai bahan bukti untuk pihak polis melakukan siasatan seterusnya.

“Sekarang kita serahkan kepada polis untuk tindakan. Insya-Allah, yang paling penting kita serahkan juga segalanya kepada Allah. 

“Sekali pun awak terlepas azab di dunia, tak bermaksud awak terlepas azab di akhirat,” katanya lagi.

Harris juga telah memuat naik satu video yang menyatakan dia merasa bingung dan tidak tahu apa salah yang dibuat sehingga mendapat ugutan sebegini.

Di dalam video yang sama Harris juga telah memohon maaf sekiranya dia pernah menyakiti perasaan sesiapa dan memohon dirinya dilindungi daripada perkara yang tidak diingini.

“Saya tak tahu salah apa. Tapi saya minta maaf andai ada sakitkan hati sesiapa, buatkan orang tak selesa tanpa sedar. Sebab kita manusia biasa, tak lari daripada kesilapan. Saya minta maaf sangat-sangat,” tambahnya.

Kredit : Kosmo!

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas