Connect with us

Oh! Media

Haqiem Rusli Buat Live Jam 2 Pagi, Umum Nikah Hujung Tahun Ini

Oh! Artis

Haqiem Rusli Buat Live Jam 2 Pagi, Umum Nikah Hujung Tahun Ini

Tiada angin tiada ribut, penyanyi dan komposer, Haqiem Rusly mengejutkan peminat apabila dia mengumumkan akan melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun ini.

ADVERTISEMENT

Haqiem khabarnya mengumumkan berita gembira tersebut menerusi sesi Instagram Live-nya kira-kira jam 2 pagi tadi.

Ujar Haqiem, dia tidak berniat untuk menyembunyikan perkara tersebut daripada pengetahuan peminat cuma masih belum mempunyai kekuatan untuk berkongsikan hal itu.

@symira_i

congrats haqiem rusli 🥺

♬ original sound – totoroieya 🇵🇸❤️

Saya akan menamatkan zaman bujang pada hujung tahun 2021. Itulah beritanya. Okay saya mintak anda semua doakan yang baik-baik saja sebab bagi saya no issue pun. This is a good thing.

Jelas Haqiem, masih belum ada tarikh tetap mengenai majlis perkahwinannya bersama gadis pilihan namun mengakui sudah menghadiri kursus kahwin pada tahun lalu.

Manakala identiti bakal isteri Haqiem juga tidak didedahkan dan mereka berdua dilaporkan sudah mengenali antara satu sama lain sejak dua tahun yang lalu.

Kredit: symira_i, astro gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas