Connect with us

Oh! Media

Hana Menang Tuntutan Saman Tapi Watie Pula Yang Kata Sudah Maafkan Kawannya Itu

27220757 b6f8 46bc b968 e0abba1bb91f

Oh! Artis

Hana Menang Tuntutan Saman Tapi Watie Pula Yang Kata Sudah Maafkan Kawannya Itu

Isu antara anggota kumpulan Elite iaitu Watie Sadali dan Hana Adnan sebelum ini menarik perhatian netizen. Isu itu menjejaskan hubungan persahabatan mereka gara-gara hutang yang dilakukan Watie sehingga menyebabkan Hana muflis.

Watie yang kalah saman kini terpaksa mengikut perintah mahkamah untuk menjelaskan tuntutan hutang kepada Hana secara bulanan.

Walaupun kalah di mahkamah, Watie tetap rasa dirinya benar dan maafkan Hana…

Saya ampunkan segala apa yang telah dia buat pada saya, namun nak rapat seperti dahulu mungkin tidak. Saya pun sekarang lebih berhati-hati dalam memilih kawan rapat.

Percaya dirinya berada di pihak yang benar, Watie memilih untuk berdiam diri dan enggan memberi komen tentang kemelut yang dihadapi oleh mereka berdua.

IKLAN

Kita ikutkan saja kehendak dia di dunia ni. Bagi saya kalau tidak selesaikan hal ini hati jadi tak tenang. Bayaran dibuat menerusi peguam kami. Selama ini saya berdiam tidak bermakna saya salah.

Hana sebelum ini menang saman terhadap Watie berhubung kegagalan pelakon itu menyelesaikan bayaran pinjaman bank yang menggunakan namanya untuk membeli kenderaan jenis Toyota Wish. Perkara itu menyebabkan Hana diisytiharkan muflis.

Watie dikehendaki untuk membuat bayaran sebanyak RM2,00 sebulan bagi melangsaikan hutang dan tuntutan saman berjumlah RM796,000 kepada Hana.

Kredit: mStar

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas