Oh! Artis
Hana Ismail Doa Allah Angkat Musibah Sempena Hari Lahir Syed
Sempena ulang tahun kelahiran Syed pada 20 Oktober, pengacara terkenal Hana Ismail tampil dengan ucapan penuh emosi untuk suaminya.
Dalam perkongsian yang dimuat naik di Instastory miliknya, Hana mendoakan agar segala ujian yang menimpa mereka sekeluarga diangkat oleh Allah SWT.
Hana Ismail doakan urusan suami dipermudahkan…
Menerusi hantaran itu, Hana atau Nurul Hana Ismail, 38, mengungkapkan rasa syukurnya dan mendoakan bukan sahaja untuk Syed tetapi juga untuk individu yang sentiasa menyokong dan membantu mereka.
Selamat hari lahir baba Nour (panggilan Syed). Moga Allah angkat musibah kita, permudahkan urusan kita dan permudahkan urusan mereka yang membantu dan mendoakan kita. – Katanya dalam ucapan tersebut.
Gambar yang dikongsikan Hana memperlihatkan momen mesra mereka bersama, di mana Syed dilihat memeluknya erat sambil memangku anak perempuan mereka, Sharifah Fatma Nour Jamalullail.

Isu mahkamah: Syed dilepaskan sementara…
Terdahulu, pada 30 Ogos lalu, Syed atau nama penuhnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Syaiful, 29, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor kerana didakwa merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.
Namun, selepas 21 hari dipenjarakan di Penjara Kajang, Syed dilepaskan sementara oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Menurut sumber, sebutan kes ini akan bersambung pada 5 November depan dan perkembangan kes ini terus menjadi perhatian ramai. Untuk rekod, Hana dan Syed mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2022 dan mereka dikurniakan cahaya mata pertama pada 14 Ogos lalu.
#OhmediaNasihat
Dalam hidup berumah tangga, ujian adalah sebahagian daripada perjalanan. Apa yang penting adalah bagaimana kita menghadapinya dengan penuh ketabahan dan sokongan antara satu sama lain.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM