Connect with us

Oh! Media

Hafidz Roshdi Diperintah Jalani Pemeriksaan Mental Di Hospital Bahagia

Oh! Artis

Hafidz Roshdi Diperintah Jalani Pemeriksaan Mental Di Hospital Bahagia

Pelakon Hafidz Roshdi hari ini membuat pengakuan tidak bersalah di atas dakwaan sengaja mencederakan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri pada 2 Mac lalu.

ADVERTISEMENT

BACA: Hafidz Roshdi Mengaku Tidak Bersalah, Shuhada Terima Sehingga 10 Jahit Di Muka Serta Parut Kekal

Dalam prosiding itu, hakim Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu Siti Fatimah Talib memerintah pelakon tersebut menjalani rawatan psikiatri di Hospital Bahagia Ulu Kinta Perak.

Hafidz Roshdi diarah jalani pemeriksaan psikiatri

hafidz roshdi

Perintah itu dikeluarkan hakim untuk membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar bagi pemeriksaan mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah.

Selain itu, bapa kepada dua anak itu perlu menyerahkan pasport antarabangsa ke mahkamah dan dilarang mengganggu Shuhada.

Sebutan semula kes dijadualkan pada 9 Jun depan untuk serahan dokumen termasuk laporan kesihatan.

Kredit: Sinar Harian | mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas