Oh! Artis
Hael Husaini Buat Ramai Terkejut Selepas Umum Berita Mengenai Nabila Razali
Oleh
Tidak dinafikan ramai dalam kalangan peminat dan netizen yang kecewa apabila penyanyi, Nabila Razali telah ambil keputusan untuk menarik diri semasa saingan Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35) daripada menyanyikan lagu Peluang Kedua.
Disebabkan itu, Nabila telah digantikan oleh komposer asal lagu itu iaitu Hael Husaini selepas Nabila dinasihatkan doktor untuk berehat Panjang kerana masalah kotak suara yang dia alami.
BACA: Doktor Nasihat Nabila Razali Untuk Rehat Seberapa Lama Boleh
Dalam masa yang sama, timbul pelbagai andaian bahwa Nabila sebenarnya kempunan untuk beraksi di pentas berprestij itu apabila lagu Peluang Kedua telah diumumkan layak ke Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35).
Tanda tanya itu akhirnya terjawab selepas Hael Husaini mengesahkan Nabila Razali sendiri yang akan beraksi di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) pada 7 Februari nanti.
Pengesahan itu dikongsi oleh Hael melalu satu status yang dimuat naiknya di Twitter semalam.
Its confirmed, Nabila Razali akan menyanyikan lagu Peluang Kedua di AJL35 nanti. Best of luck @_nabilarazali 💪#AJL35
— HH (@haelhusaini) December 22, 2020
Sah, Nabila akan menyanyikan lagu Peluang Kedua pada AJL35 nanti. Selamat berjaya!. – Tulis Hael.
Bahkan, jurusolek terkenal, Khir Khalid juga ada memuat naik sekeping gambar dalam Instagramnya berserta hashtag #roadtoAJL35 bersama Nabila Razali.
Malah, seorang daripada tenaga kerja belakang tabir semasa sesi fotografi itu dijalankan turut memuat naik beberapa gambar Nabila dan barisan finalis lain seperti Aishah dan Amir Masdi.
Wahhh! Akhirnya kita semua dapat menyaksikan secara live lagu Peluang Kedua yang akan dinyanyikan sendiri oleh Nabila Razali di Anugerah Juara Lagu ke-35 Februari nanti. Confirm ramai yang tak sabar nak tengok ni.
Kredit: Hael Husaini
