
Oh! Artis
“Grand Finale Sebahagian Dari Format Asal TTMM” – Kelab Peminat Thalita Bersuara
Hearty Thalita jelaskan Thalita tidak hadir kerana diarahkan kuarantin akibat Influenza A.
Kelab peminat, Hearty Thalita, tampil mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjelaskan situasi sebenar dan menutup spekulasi yang timbul mengenai peserta Talk To My Manager (TTMM), Thalita.
BACA: Shuib Bersyukur Dapat Kembali Ke Grand Finale TTMM, Doa Thalita Terus Kuat Walau Belum Sihat
Dalam kenyataan tersebut, pihak Hearty Thalita menegaskan bahawa pusingan Grand Finale adalah sebahagian daripada format asal rancangan TTMM, bukan pusingan khas tambahan atau pertandingan eksklusif untuk peserta tertentu.
Kesihatan Thalita diutamakan
Mereka turut menjelaskan bahawa format tersebut sudah ditetapkan sejak awal dan tidak melibatkan sebarang perubahan di saat akhir.

Selain itu, Hearty Thalita turut menerangkan bahawa ketidakhadiran Thalita pada malam akhir berpunca daripada arahan doktor selepas disahkan menghidap Influenza A dan perlu dikuarantin.
Keputusan itu dibuat demi menjaga kesihatan dan kebajikan Thalita, yang masih muda dan dalam proses pembelajaran.
Kesihatan dan kesejahteraan beliau sentiasa menjadi keutamaan, dan Hearty Thalita berdiri teguh dengan keputusan tersebut.
Mereka juga sempat menzahirkan rasa bangga terhadap perjalanan Thalita sepanjang menyertai program tersebut, menyifatkan beliau sebagai anak kecil yang berbakat besar dan berani berhadapan cabaran industri hiburan sejak usia muda.
Pssttt! Kenyataan daripada Hearty Thalita ini jelas menunjukkan semangat dan profesionalisme tinggi dalam menangani isu. Walaupun Thalita tidak dapat beraksi di pentas akhir, semangat serta sokongan peminat membuktikan bahawa perjalanan seninya baru sahaja bermula.
Kredit: Instagram Hearty Thalita
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
