Siapa tak kenal dengan selebriti popular Indonesia, Nia Ramadhani yang dulu pernah menjadi fenomena dengan watak Bawang Merah.
Terbaru, Nia mencetuskan kontroversi dan perdebatan kerana menegur para wanita yang tampil selekeh di depan suami.
“Bayangkan suami balik rumah, tengok isteri selekeh”
Post by @rumpi_gosip
View on Threads
Kata pelakon ini, ramai wanita tidak menjaga penampilan dan bentuk badan selepas berkahwin membuatkan para lelaki curang.
Sebab aku fikir, bayangkan suami aku balik, dia nampak aku selekeh macam mana? Aku sendiri pun kalau tengok badan aku dalam cermin, aduh bikin rasa tak selesa. Aku kurang setuju kalau ibu-ibu bila dah berkahwin, tak nak jaga diri. Aku sendiri berusaha dua kali ganda lebih keras untuk jaga badan ini.
Sebagai ibu kepada tiga orang anak, Nia berkata dia perlu bersenam lebih kerap berbanding anak dara demi menjaga bentuk tubuh.
“Jangan terlalu selesa mentang-mentang dah laku” – Nia Ramadhani
Selebriti ini menyelar sikap segelintir wanita yang terlalu selesa dengan diri sendiri apabila sudah berkahwin.
Namun, kenyataan tersebut telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Ada yang menyokong pendapat Nia, tetapi ramai juga yang tidak berpuas hati dengan pandangan selebriti tersebut.
Ramai yang berpendapat bahawa Nia tidak berada dalam posisi yang sesuai untuk mengeluarkan kenyataan sebegitu.
Mereka menegaskan bahawa tidak semua wanita berkahwin dengan lelaki kaya yang mampu menyediakan pembantu rumah atau kemudahan untuk menguruskan anak-anak dan rumah tangga.
Menurut mereka, wanita yang berada dalam situasi kewangan yang lebih mencabar tidak mempunyai masa yang cukup untuk bersenam atau menikmati makanan sihat seperti Nia.
#OhmediaNasihat
Setiap wanita mempunyai cabaran tersendiri dalam perkahwinan. Tidak semua berpeluang menikmati kemewahan yang sama, tetapi yang penting adalah rasa cinta dan penghargaan antara pasangan.
Buat para suami, hargailah isteri anda walau dalam apa jua keadaan. Dan buat para isteri, jaga diri untuk kepuasan diri sendiri terlebih dahulu, bukan semata-mata untuk orang lain.