Terbaru, sempena majlis cukur jambul, aqiqah putera bongsu Ayash Affan dan tahlil hari ke-100 pemergian Allahyarham, Shuib telah memuat naik foto sekitar majlis.
Wajah Ayash Affan yang tersenyum saat memandang ke tepi mengundang pelbagai reaksi netizen. Mereka membayangkan seolah-olah allahyarham hadir di majlis itu bertemu Ayash Affan.
Lebih menyedihkan apabila bapa Allahyarham, Raisuddin Hamzah dilihat menunduk sugul mengenangkan pemergian si anak.
Difahamkan, sebelum berlangsungnya majlis tahlil, bapa Allahyarham telah ke pusara menaikkan batu nisan di kubur anak.
Tidak dapat dibayangkan perasaan yang dilalui bapa apabila anak yang ditatang dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang pergi terlebih dahulu darinya.
Menurutnya lagi, jika boleh berganti nyawa, ibu bapa pasti mahu pergi dahulu berbanding anak. Kini yang tinggal hanyalah memori indah yang dijadikan kenangan selamanya.