Connect with us

Oh! Media

Gara-Gara Kongsi Biodata Diri, Ramai Gadis Cuba Nasib Jadi Calon Isteri Khairul Aming

Aming1

Oh! Artis

Gara-Gara Kongsi Biodata Diri, Ramai Gadis Cuba Nasib Jadi Calon Isteri Khairul Aming

Siapa tak kenal dengan selebriti masakan popular, Khairul Aming yang mempunyai 3.5 juta pengikut di Instagram. Tak lokek berkongsi resepi masakan membuatkan cef selebriti ini disenangi ramai.

BACA: Jualan Cecah RM7.5 Juta, Khairul Aming Dedah Lebih 500k Botol Sambal ‘Licin’ Setahun

Terbaru, Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman berkongsi biodata diri memaparkan nama, umur, ketinggian, kerjaya dan asalnya.

IKLAN

Khairul Aming cari jodoh?

Perkongsian itu ternyata mendapat respon baik orang ramai sehingga ada yang menyangka dia sedang mencari calon isteri. Malah, rakan baiknya sendiri berkongsi semula hantaran itu di Twitter, siap ‘tag’ laman cari jodoh, @TwtJodohMY.

Perkongsian itu sehingga kini mendapat lebih 5,000 retweet dan 18,000 likes. Memang ramai yang sokong misi ‘pencarian jodoh’ selebriti media sosial terkenal ini.

Ramai gadis cuba nasib

Di ruangan balas, nampak ramai gadis-gadis cantik mencuba nasib menjadi pasangan yang halal buat Khairul Aming. Wah!

Jodoh1a
Jodoh2a
Jodoh3a
Jodoh4a

Kalau betullah tengah cari jodoh, kami doakan semoga urusan dipermudahkan. Benda baik kenalah cepat-cepat kan?

Kredit: Twitter mhazimhamdan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas