Connect with us

Oh! Artis

Finalis Miss Malaysia Nafi Tuduhan Dirinya Harap Lahir Di China Dan Jepun

Finalis Miss Malaysia, Abby Lee baru-baru ini teruk dikecam selepas mengeluarkan kenyataan dirinta menyesal dilahirkan di Malaysia.

Kenyataan rasis yang dikeluarkan Abby didakwa telah mengutuk negara kelahirannya sendiri Malaysia dan juga masyarakat Asia. Semua siri kutukan ini berjaya diambil dan didedahkan seorang pengguna Facebook, Hui Yee.

IKLAN

Memetik laporan Malay Mail, Abby ada menyatakan dia menyertai pertandingan Miss Malaysia hanya untuk kepentingan dirinya dan bukan kerana cinta akan negara.

Saya menyertai ini (Miss International Malaysia (MIM)) hanyalah untuk kepentingan saya. Bukan kerana saya cintakan negara saya.

Mereka yang rapat dengan saya tahu bahawa saya tak pernah ambil berat mengenai Malaysia. Saya tidak pernah menganggap diri saya sebagai rakyat Malaysia dan sentiasa mahu berhijrah.

Abby juga didakwa pernah menyatakan kekesalannya kerana tidak dilahirkan di negara China atau Jepun yang lebih maju berbanding Malaysia selepas insiden yang melibatkan dia bersama seorang jurugambar yang telah mengambil fotonya dengan kualiti yang tidak baik semasa acara berlangsung.

Tidak lama kemudian, Abby tampil membuat kenyataan balas di mana dia mendakwa tuduhan yang dilemparkan terhadapnya adalah palsu.

Abby Lee

Selain itu dia turut menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai niat jahat dan turut memohon maaf kepada mereka yang terkesan dengan kelakuannya itu.

Kredit: Malay Mail

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas