Connect with us

Oh! Media

“Fazura Wanita Hebat!”- Dikagumi Kerana Sikap Positif Selepas Bercerai, Jadi Inspirasi Wanita Lain

Ohmedia hafizal Thumbnail Om Article 713 × 401px

Oh! Artis

“Fazura Wanita Hebat!”- Dikagumi Kerana Sikap Positif Selepas Bercerai, Jadi Inspirasi Wanita Lain

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Azura di laman Facebooknya, dia meluahkan rasa kagum dengan sikap positif yang ditunjukkan oleh Fazura selepas sah bercerai dengan bekas suaminya, Fattah Amin.

Azura berpendapat bahawa Fazura atau nama penuhnya, Nur Fazura Sharifuddin, tidak perlu meraih simpati orang ramai kerana dia memiliki kerjaya yang stabil untuk menyara diri dan keluarganya.

Lihat betapa diam dia selepas berpisah tanpa membuka apa cerita pun atau meraih simpati sana sini. Lepas cerai tak ada sibuk-sibuk tonjol diri meraih simpati lagi kerana dia dalam keadaan very strong position.

Dia ada career yang bagus dan of course ada duit untuk teruskan hidup tanpa kita dengar dia tuntut apa dah. She move forward diam je. Orang kecam orang kutuk dia diam sahaja.

Sebab dia kuat, tak ambil kesempatan atas apa yang viral terhadap diri dia dan dia tak perlu pun open herself for any job sebab dia cukup ada segalanya to survive after the divorce.- Katanya.

Nasihat buat wanita lain…

Selain itu, Azura turut menasihatkan orang ramai, terutamanya golongan wanita, untuk mengambil pengajaran yang baik daripada isu yang dialami Fazura ini.

IKLAN

Boleh jadi contoh buat wanita lain juga. Yang baik-baik kita ambil sebagai panduan. Yang tak baik kita letak tepi. Ramai perempuan tak sokong dia??

Biasa lah wanita hebat memang ramai tak suka sebab tak mampu nak jadi macam dia. Itu antara sifat tak baik wanita iaitu nak jatuhkan sesama wanita bila tak boleh nak jadi bagus macam orang tu.- Tambahnya lagi.

Sekadar info, pasangan selebriti tersebut telah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di Shah Alam selepas lebih tujuh tahun mendirikan rumah tangga. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya.

Img 6975

#OhmediaNasihat

Ohmedia nak pesan, dalam hidup ni, kadang-kadang kita kena belajar untuk move on dan jadi lebih kuat, sama macam Fazura.

Jangan biarkan apa yang orang kata mengganggu hidup korang. Fokus pada diri sendiri dan teruskan perjuangan, sebab pada akhirnya, hanya korang yang tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri.

Ohmedia hafizal Thumbnail Om Article 713 × 401px

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Facebook


📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas