Connect with us

Oh! Media

Fattah Amin Tak Tahu Syarikat Fazura Berhutang RM4.65 Juta

ohmedia fattah amin fazura

Oh! Artis

Fattah Amin Tak Tahu Syarikat Fazura Berhutang RM4.65 Juta

Pelakon popular, Fattah Amin rupa-rupanya tidak tahu mengenai isu bekas isterinya, Nur Fazura dikaitkan dengan hutang syarikat berjumlah RM4.65 juta.

Isu tersebut dikatakan berpunca daripada kegagalan pihak syarikat pelakon filem Gol & Gincu itu melunaskan bayaran kepada sebuah pengilang tudung.

BACA: Terkini Mengenai Tuntutan Hutang Terhadap Syarikat Tudung Fazura Berjumlah RM4.65 Juta

IKLAN

Apa yang lebih mengejutkan, syarikat milik Fazura juga dilaporkan telah mengeluarkan cek tendang dalam urusan pembayaran tersebut.

Difahamkan semua transaksi ini berlaku ketika Fazura masih lagi memegang jawatan sebagai pengarah syarikat Pink Fate sebelum melepaskan jawatannya pada Januari 2025.

Fattah pilih untuk tidak campur, tapi tetap mendoakan

fazura fattah amin ohmedia

Menurut Fattah, dia hanya mengetahui isu saman berkenaan selepas ia tular dan dilaporkan media.

Saya tak tahu fasal saman tersebut. Hanya dapat tahu selepas ia keluar dalam berita.

Fattah turut menzahirkan rasa simpati terhadap bekas isterinya dan enggan mengulas lanjut memandangkan isu itu adalah hal peribadi Fazura.

Walaupun sudah tidak bersama, dia tetap mendoakan kesejahteraan ibu kepada anak mereka, Fatima.

Dah tentu saya bersimpati selepas melihat berita itu, namun saya doakan yang terbaik dan semoga dia dipermudahkan segala urusan. Dia bukannya orang lain, dia ibu kepada anak saya.

Untuk rekod, Fattah Amin dan Nur Fazura sah bercerai talak satu pada Oktober 2024 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Fazura mendakwa perceraian berlaku disebabkan bekas suaminya itu berlaku curang namun dinafikan Fattah Amin.

Pssttt! Isu ini sebenarnya sensitif untuk diulas, biarlah mahkamah yang menentukan siapa di pihak yang benar.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh Penulis
Penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas