Connect with us

Oh! Media

Fattah Amin Akhirnya Bersuara, Mengaku Tidak Curang

Ohmedia photo 6283066821225594119 y

Oh! Artis

Fattah Amin Akhirnya Bersuara, Mengaku Tidak Curang

Semalam tersebar berita tentang pelakon, Fazura memfailkan permohonan penceraian terhadap suaminya, Fattah Amin.

Terbaru Fattah memaklumkan bahawa dirinya hanya mengetahui tentang Fazura memfailkan penceraian di media sosial.

BACA: Fazura Failkan Penceraian Terhadap Fattah Amin

IKLAN

Sejujurnya, saya hanya mengetahui mengenai permohonan perceraian yang difailkan terhadap saya melalui media sosial, terutamanya selepas ia ditularkan. 

Saya berasa amat terkejut dan sedih dengan perkhabaran berita ini. Malah, tanpa sebarang rasa ragu-ragu, saya masih menyayangi Faz.

Selain itu, Fattah juga memaklumkan tiada wanita lain dalam hidup beliau seperti yang didakwa dan dihebohkan di media sosial sehingga kini.

Photo 6283066821225594120 x

Oleh yang demikian, pelakon filem Pendekar Awang ini mohon doa yang baik-baik dan sokongan daripada semua pihak tidak kira yang pernah mengenali atau yang tidak mengenali Fattah secara peribadi.

Semoga urusan mereka berdua dapat diselesaikan dengan baik.

Ohmedia photo 6283066821225594119 y

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Nizar Rahman
Nizar, atau lebih dikenali sebagai Encik Jambu, bukan sahaja seorang penulis berbakat di Oh! Media tetapi juga seorang pelakon dan pengacara. Selain itu, beliau turut memainkan peranan penting dalam menguruskan media sosial, memastikan penjenamaan Oh! Media sentiasa relevan dan berinteraksi dengan pengikut.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas