Connect with us

Oh! Media

Eyra Hazali Kesal Netizen Doa Suami Lumpuh Gara-Gara Kekalahan Harimau Malaya

Oh! Artis

Eyra Hazali Kesal Netizen Doa Suami Lumpuh Gara-Gara Kekalahan Harimau Malaya

Pelakon dan personaliti TV, Eyra Hazali, meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir penyokong bola sepak yang bertindak melampau selepas kekalahan skuad Harimau Malaya baru-baru ini.

Suaminya, Haziq Nadzli, penjaga gol pasukan Malaysia, didakwa menjadi punca utama kekalahan ketika menentang Thailand dalam peringkat Kumpulan A Piala Asean di Stadium Rajamangala.

IKLAN

Namun, Eyra menganggap komen dan hinaan terhadap suaminya, terutamanya doa yang melibatkan perkara buruk, sudah melampaui batas.

Caci dan makian kami boleh terima. Tetapi hinaan dan mendoakan suami saya lumpuh serta melibatkan anak-anak kami adalah melampau.- Luah Eyra.

Dia juga berharap mereka yang mengeluarkan kata-kata kesat ini tidak menerima perkara sama dalam hidup mereka.

Netizen beri komen hinaan melampau!

Di ruangan komen berita tentang kekalahan tersebut, netizen tidak henti-henti menghina pemain Harimau Malaya, terutama Haziq.

Antara komen berbunyi:

Penjaga gawang gol paling sial dalam dunia! Kau punya pasal kita kalah bodoh! Kau bunuh rentak kita malam ini!- Tulis mereka.

Tindakan ini telah menimbulkan pelbagai reaksi, dengan ramai pihak berpendapat penyokong bola sepak sepatutnya bersikap lebih matang dan menyokong pemain ketika susah dan senang.

Kehidupan keluarga Eyra Hazali

Sekadar info, Eyra Hazali dan Haziq Nadzli telah mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019. Pasangan ini kini dikurniakan tiga orang cahaya mata yang sentiasa menjadi penyokong setia Haziq dalam karier bola sepaknya.

#OhmediaNasihat

Sebagai penyokong, kita sepatutnya menjadi pendorong, bukan penghancur semangat. Bola sepak adalah sukan yang melibatkan usaha pasukan dan kekalahan bukan tanggungjawab seorang individu sahaja.

Fikirkan kesan kata-kata kita terhadap mental dan emosi pemain serta keluarga mereka. Sokongan padu lebih bermakna daripada kritikan melampau.

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Instagram


Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Di Youtube

Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas