Connect with us

Oh! Media

Erry Putra Jawab Dakwaan Bercinta Dengan Gadis Bawah Umur

erry putra

Oh! Artis

Erry Putra Jawab Dakwaan Bercinta Dengan Gadis Bawah Umur

Jarang-jarang kita dengar kontroversi dari pelakon dan penyanyi, Erry Putra tapi sekarang timbul pula dakwaan dia bercinta dengan gadis bawah umur.

ADVERTISEMENT

Dakwaan ini timbul selepas seorang gadis difahamkan berusia belasan tahun memuat naik gambar-gambarnya bersama Erry Putra.

Disebabkan itu, ramai mula tertanya-tanya di ruangan komen, sama ada gadis itu teman wanita Erry.

Gadis itu memberi bayangan seperti dia dan Erry Putra ada hubungan istimewa…

Masalahnya, gadis ini tidak menjawab persoalan netizen dengan serius. Gambar-gambar yang dikongsikan pula dilihat seperti diambil pada waktu yang berbeza. Selalu jumpa nampaknya tu…

Sedar tentang dakwaan yang semakin tersebar, Erry Putra yang sudahpun berusia 46 tahun itu tampil menjelaskan segalanya.

Katanya, dia hanya berjumpa gadis itu sewaktu hadir ke satu acara di Pulau Pinang dan Eryy menafikan dakwaan mereka bercinta kerana hanya menganggap wanita itu sebagai peminat biasa.

Saya tak pernah bercinta dengan mana-mana gadis bawah umur. Saya kenal dia sewaktu ada acara di Pulau Pinang. Selama 10 hari acara berlangsung, hampir setiap hari dia datang.

Tambah Erry, dia dan gadis itu berkenalan di situ dan akui ada mengambil gambar bersama-sama namun tidak pernah memberikannya nombor telefon.

Kami juga ada berkomunikasi menerusi Instagram. Disebabkan jarak umur kami yang begitu jauh, saya hanya menganggap dia seperti anak dan peminat.

erry putra

Kredit: Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas