Connect with us

Oh! Media

Erra Fazira Akhirnya Akui Sedang Mengenali Seseorang Yang Istimewa!

Copy of Untitled Design   1

Oh! Artis

Erra Fazira Akhirnya Akui Sedang Mengenali Seseorang Yang Istimewa!

Pelakon dan penyanyi jelita, Erra Fazira akhirnya mengakui sedang mengenali seseorang yang istimewa! 

Pengakuan itu dibuat selepas satu hantaran di Instagram Story miliknya baru-baru ini mencetuskan spekulasi dalam kalangan peminat.

Walaupun ramai ingin tahu siapa gerangan individu tersebut, Erra memilih untuk lebih berhati-hati dalam berkongsi kisah peribadinya.

IKLAN

“Kami baru nak kenal” – Erra Fazira

Copy of Untitled Design   1

Menurut laporan Berita Harian, Erra menegaskan bahawa hubungan ini masih di peringkat awal dan dia enggan memberi komen lebih lanjut.

Berilah peluang. Kami baru nak kenal. Kalau boleh saya tak mahu komen banyak-banyak. Kalau tak jadi, saya juga yang malu.

Namun, bila ditanya sama ada individu itu merupakan selebriti atau orang terkenal, Erra hanya tertawa dan mengucapkan terima kasih atas doa peminat.

Allahuakbar! Terima kasih doakan yang baik-baik. Mudah-mudahan yang terbaik juga buat kita semua. Amin.

Hantaran romantis permulaan spekuliasi timbul

Dc647c78 40b0 4321 84ac dd85cddd955f

Spekulasi tentang Erra sudah menemui pengganti timbul selepas dia memuat naik hantaran berunsur romantis bersama emoji lelaki dan perempuan.

Buat masa ini, Erra lebih selesa menyimpan rahsia dan membiarkan perkara ini berkembang secara semula jadi.

#OhmediaNasihat

Kadangkala, perkara yang baik memerlukan masa untuk berkembang dengan sempurna. Hargailah privasi seseorang dan berikan mereka ruang untuk mengejar kebahagiaan. Untuk peminat Erra, teruskan mendoakan yang terbaik buat idola anda!

Copy of Untitled Design   1

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Berita Harian


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas