Connect with us

Oh! Media

Elrah Exclusive Didakwa Plagiat Rekaan Samping Warisan Sejak Tahun 1890 Keluarga Emran

Ohmedia elrah el azman plagiat

Oh! Artis

Elrah Exclusive Didakwa Plagiat Rekaan Samping Warisan Sejak Tahun 1890 Keluarga Emran

​Elrah Exclusive ialah jenama pakaian terkemuka di Malaysia yang tidak asing lagi, menawarkan koleksi Baju Melayu dan kurta bergaya untuk lelaki moden.

Nama “Elrah” dalam jenama “Elrah Exclusive” berasal daripada gabungan nama pengasasnya, iaitu “El” merujuk kepada El Azman (nama sebenar: Muhd Hilmi bin Che Azman), dan “Rah” diambil daripada nama bekas isterinya, Nur Amirah.

Tahun ini, promosi Elrah dilihat menjadi-jadi selepas keputusan menaja petarung Muay Thai, Rodtang memberi impak positif selepas menang menewaskan petarung Jepun, Takeru di perlawanan ONE Championship 172 dan sekali lagi nama Elrah mendunia terlihat pada seluar Rodtang.

IKLAN
Image
Image

Elrah Exclusive didakwa plagiat rekaan samping…

Bagaimanapun, satu kenyataan terbuka telah dikeluarkan Tyra Kamaruzzaman di Instagram yang menuntut El Azman memberikan penjelasan berkait itu plagiat sepenuhnya reka bentuk samping.

Kami dah cuba hubungi untuk berjumpa dan selesaikan secara profesional, tapi tidak berhasil, adakah kerana kami bukan ahli politik, selebriti, atau individu berpengaruh yang boleh anda manfaatkan?

Menurut kenyataan itu, mereka telah menunggu panggilan daripada El Azman dan menegaskan bahawa isu ini bukan sekadar inspirasi tetapi merupakan plagiat.

Image

Ketandusan idea dalam reka bentuk adalah perkara biasa, atau mungkin juga mendapat inspirasi. Tetapi, jika meniru 100% daripada reka bentuk hingga ke warna samping, itu bukan kebetulan. Itu dipanggil plagiat.

Mereka turut meminta pihak yang terlibat mengambil tanggungjawab terhadap perkara yang telah berlaku.

Telegram cloud photo size 5 6273816402267848387 y

Rekaan samping warisan yang dihasilkan sejak 1890..

Reka bentuk samping yang berasal dari tahun 1890-an, milik keluarga Emran. Reka bentuk ini diwarisi turun-temurun dan telah didaftarkan sebagai tanda dagangan kerana nilai sejarah dan sentimentalnya.

Telegram cloud photo size 5 6273816402267848388 y
Telegram cloud photo size 5 6273816402267848385 y
Telegram cloud photo size 5 6273816402267848386 y

Pihak Emran dikatakan telah cuba menghubungi pemilik jenama berkenaan bagi menyelesaikan isu ini secara profesional. Namun, individu tersebut dikatakan sering memberi alasan dan mengelak daripada bertemu.

Emran telah cuba menghubungi pemilik jenama itu, tetapi dia asyik berdolak-dalik mengenai tarikh pertemuan mereka. Sudah berbulan-bulan sejak teks terakhir Emran, tetapi masih tiada jawapan, tapi dia ada masa untuk berkolaborasi dengan ramai artis dan influencer.

Telegram cloud photo size 5 6273816402267848391 y
Telegram cloud photo size 5 6273816402267848392 y

#ApaKataOhmedia

Diharapkan pihak El Azman dapat memberikan fokus untuk menyelesaikan isu ini kerana dakwaan plagiat bukan perkara kecil dan ia sudah pasti memberi kesan buruk untuk jenama sebesar Elrah Exclusive. Semoga pihak yang menuntut penjelasan mendapat keadilan sewajarnya.

Ohmedia elrah el azman plagiat

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Instagram


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas