Connect with us

Oh! Media

Ella Buat Laporan Polis Selepas FB Rasmi Kena Godam, Habis Keluar Video Aksi Tak Senonoh

ella

Oh! Artis

Ella Buat Laporan Polis Selepas FB Rasmi Kena Godam, Habis Keluar Video Aksi Tak Senonoh

Ratu rock Malaysia, Ella tiba-tiba mengejutkan ramai peminatnya selepas Facebook rasminya memuat naik video aksi jelik. Ella yang kali terakhir mengemas kini Facebook pada 6 Julai 2022 itu tiba-tiba aktif dengan video tak senonoh.

ADVERTISEMENT

Rata-rata peminat tak percaya ia datang dari Ella dan perkara ini telah dijawab pihak pengurusan penyanyi itu.

Pengurusan penyanyi itu menjelaskan Facebook milik Ella telah digodam dan mereka sudahpun membuat laporan polis dan akan menyerahkan maklumat kepada SKMM untuk tindakan lanjut.

ella

Memetik laporan mStar, video yang dikongsikan itu menunjukkan aksi kurang sopan artis antarabangsa. Antaranya, penyanyi Robbie William yang mencium punggung seorang wanita ketika buat persembahan dalam sebuah konsert.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas