Oh! Artis
Elfira Loy Berang Difitnah – “Nak Kami Kongsi Gambar Bercium Baru Percaya?”
Dah lama rasanya kita tak dengar apa-apa cerita sensasi tentang pelakon wanita terkenal, Elfira Loy dan tiba-tiba ada pula yang mendakwa rumah tangganya sedang bergolak.
Elfira bagaiamanapun tampil menyangkal dakwaan bahawa dia dan suami, Muhammad Faris, sedang bermasalah. Dakwaan ini timbul selepas Elfira berkongsi rasa sedih di media sosial, mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen.
Elfira menjelaskan bahawa perasaannya tiada kaitan langsung dengan perkahwinannya, sebaliknya meluahkan kekecewaannya terhadap pihak yang membuat fitnah.
Suka hati saja dia nak kaitkan dengan rumah tangga. Memang suka mendatangkan fitnah ke? Orang perlu tahu yang perempuan bukan bersedih sebab lelaki saja. Banyak benda boleh buat rasa sedih.- Katanya.
Punca luahan kesedihan Elfira Loy

Menurut Elfira, kesedihan boleh berpunca daripada banyak perkara, termasuk pengorbanan karier, kehilangan kawan, fitnah atau halangan dalam melakukan perkara yang diminati. Elfira turut menggesa orang ramai untuk berhenti menabur fitnah dan membuat spekulasi liar.
Berhentilah! Perlu muat naik gambar bercium (dengan suami) ke baru nak percaya?- Tegas Elfira.
Respon pedas buat haters tersentak!

Terlalu geram dengan komen melampau di media sosial, Elfira meluahkan kemarahannya terhadap netizen yang menambah ‘perisa’ dalam ruangan komen.
Kepada netizen yang tambah perisa dalam ruangan komen, memang teringin sangat nak rasa panas api neraka? Mulut itu macam tak boleh nak cakap baik-baik.- Luahnya lagi.
Untuk pengetahuan korang, Elfira Loy dan Muhammad Faris Khairul Anuar mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019. Pasangan ini kini bahagia dengan dua cahaya mata hasil perkongsian hidup mereka.
#OhmediaNasihat
Dalam era digital, fitnah boleh tersebar dengan pantas. Sebelum membuat sebarang spekulasi, fikirkan impaknya kepada individu yang terlibat. Hormati privasi orang lain, dan elakkan menjadi punca penyebaran kebencian. Kita semua mampu ciptakan suasana media sosial yang lebih sihat.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Elfira Loy
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM