Connect with us

Oh! Media

Eda Ezrin Reda Dipenjara Lebih Lama, Titip Pesanan

Oh! Artis

Eda Ezrin Reda Dipenjara Lebih Lama, Titip Pesanan

Walaupun tempoh penjaranya dilanjutkan, penyanyi dikir barat, Eda Ezrin tetap tabah dan reda dengan ujian yang menimpanya. Dia kini masih dalam tahanan di penjara Narathiwat, Thailand dan menanti keputusan rayuan mahkamah.

Apa yang lebih menyentuh hati, Eda tetap setia menunggu hari untuk kembali ke pangkuan keluarga dan anak-anak.

IKLAN

Walaupun tempoh penjara dilanjutkan, saya setia menunggu detik untuk kembali ke pangkuan keluarga dan anak-anak.- Kata Eda Ezrin.

Eda Ezrin masih belum tahu bila akan dibebaskan…

eda ezrin

Menurut bapanya, Wan Ismail Wan Yusuf, anak sulungnya itu kini hanya mampu menunggu dengan sabar walaupun belum tahu bila akan dibebaskan.

Katanya, Eda memaklumkan penahanannya di Penjara Wilayah Narathiwat dilanjutkan sekurang-kurangnya sebulan lagi.

Malah, Eda turut meminta keluarganya mendoakan agar dia dibenarkan keluar penjara secepat mungkin kerana terlalu rindu dengan anak-anak.

Kes Masih Dalam Proses Rayuan

penyanyi dadah

Sebelum ini, media melaporkan Eda perlu kekal di penjara sekurang-kurangnya sebulan lagi selepas Mahkamah Wilayah Narathiwat membenarkan permohonan pendakwa raya untuk melanjutkan tempoh rayuan.

Kelmarin, ibu Eda Ezrin pergi melawatnya di penjara dan Eda memaklumkan berhubung lanjutan penahanan sekurang-kurangnya sebulan lagi.

Eda sendiri pun tidak tahu bila dia akan keluar dari penjara, sama ada bulan depan atau beberapa bulan lagi.

Namun Eda hanya meminta kami mendoakan supaya dia dibenarkan keluar penjara secepat mungkin kerana sudah tidak sabar untuk bertemu dengan anak-anaknya. – Kata Bapa Eda.

Permohonan itu dibuat bagi membolehkan pihak pendakwa mencari bukti tambahan bagi mengaitkan Eda dan lima individu lain atas dakwaan memiliki 6,059 biji pil yaba.

Pada Syawal keempat lalu, dua anak Eda Ezrin turut datang melawat ibunya di penjara. Walaupun pertemuan itu hanya seketika, ia cukup bermakna buat mereka sekeluarga.

#ApaKataOhmedia

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Dalam kesedihan ditahan jauh dari keluarga, Eda Ezrin tetap kuat dan reda dengan ujian hidupnya.

Kredit: Harian Metro
Baca reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Di Youtube

Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas