Connect with us

Oh! Media

Ebit Lew Terus Beri Nasihat Buat Pengikut Walaupun Kini Berada Di London

ebit lew

Oh! Artis

Ebit Lew Terus Beri Nasihat Buat Pengikut Walaupun Kini Berada Di London

Sejak seminggu lalu pendakwah bebas, Ebit Lew dilihat mengambil masa untuk bercuti bersama keluarga ke luar negara. Selepas melawat Switzerland dan Perancis, Ebit dilihat menyambung lagi percutian mereka ke London, United Kingdom.

ADVERTISEMENT

Alhamdulillah sampai London, semoga setiap langkah perjalanan jadi asbab kebaikan seluruh alam.

Sangat aktif berkongsi percutian mereka di Instagram, Ebit masih tidak lupa untuk menitipkan nasihat untuk pengikutnya pada setiap caption posting.

Seseorang itu dikatakan berakhlak saat boleh mencari kebaikan pada keburukan orang lain. Ikhlas mencari kekurangan dan kelemahan pada kebaikan diri sendiri, semua orang kata dia tak baik.

Tapi kita nampak kebaikannya itulah akhlak dan sentiasa niat perbaiki diri sendiri dan rasa kekurangan diri sendiri itulah mencari keikhlasan.

Walaupun Ebit tidak menyatakan secara terus, tetapi dapat dilihat apa yang dikongsikannya seperti menceritakan tentang isu gangguan seksual yang dihadapinya pada ketika ini. Terlalu banyak dakwaan yang mengaitkan dirinya dan Ebit menafikan dakwaan terbabit yang dilihat sebagai fitnah dan hanya ingin memburukkan namanya.

Ebit bagaimanapun turut menyatakan sebaik dirinya, lebih baik orang lain dan seburuk orang lain lebih buruk dirinya.

Sebaik-baik orang pasti ada kekurangannya, belajar kebaikannya, cari kebaikannya. Seburuk-buruk orang pasti ada baiknya. Belajar kebaikannya dan doakan hidayah buatnya. Ya Allah dia baik tapi dia lupa beri hidayah padanya. Tukar keburukannya kepada kebaikan dan beri juga kebaikan itu untuk saya. – Tulis Ebit.

Apapun kita doakan sahaja agar perjalanan Ebit sekeluarga di sana dipermudahkan dan selamat pulang ke tanah air nanti. Untuk kes yang mengaitkan dirinya, biarkan sahaja pihak berkuasa membuat siasatan.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas