Connect with us

Oh! Media

Dua Influencer Terkenal Indonesia Dicekup Ketika Tunggu Pelanggan Untuk Melacur

Influencer ohmedia

Oh! Artis

Dua Influencer Terkenal Indonesia Dicekup Ketika Tunggu Pelanggan Untuk Melacur

Inilah yang paling kita risaukan bila anak-anak muda kita menggunakan populariti yang diraih untuk melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Macam apa yang berlaku di Indonesia, di mana dua orang personaliti media sosial disyaki terlibat dengan aktiviti pelacuran.

Memetik laporan OkeZone, dua orang influencer dari Makassar, Indonesia ini menarik perhatian pihak berkuasa apabila sering menunjukkan kemewahan di media sosial.

Selepas sekian lama diperhatian pihak berkuasa, mereka yang masing-masing berumur 20 dan 23 tahun berjaya ditahan di sebuah hotel di Ujung Pandang, Kota Makassar pada Jumaat malam lepas ketika sedang menunggu pelanggan. Setakat ini, identiti mereka tidak didedahkan.

IKLAN

Penahanan mereka bagaimanapun hanya permulaan kerana pihak berkuasa Indonesia kini sedang meneliti beberapa orang lagi selebriti yang disyaki terlibat dengan aktiviti berkenaan.

Kredit: OkeZone

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas