Connect with us

Oh! Media

Dr. Amalina Teruk Dikecam Pilih Kerakyatan British Untuk Anak, Ini Puncanya

dr. amalina

Oh! Artis

Dr. Amalina Teruk Dikecam Pilih Kerakyatan British Untuk Anak, Ini Puncanya

Walaupun sudah lama berhijrah ke luar negara, rakyat Malaysia masih mengikuti perkembangan Dr. Amalina Che Bakri yang kini menjadi doktor pakar bedah di London.

ADVERTISEMENT

BACA: Gara-Gara Beri Pandangan Isu ‘Buat-Buat Bodoh’, Dr Amalina Diserang Netizen

Dr. Amalina juga sudah berkahwin dengan orang sana dan kini dilihat bakal menerima kehadiran anak pertama tak lama lagi.

Bagaimanapun, Dr. Amalina telah menerima kritikan segelintir netizen yang memandang serong ke atas hasrat beliau ingin membesarkan anak-anak sebagai warganegara British.

“Anak-anak kami akan menjadi British”- Dr. Amalina.

Sedar jawapannya itu dikecam jadi, ini penjelasan Dr. Amalina

Dr. Amalina dalam satu kenyataan menjelaskan dia bukannya tidak suka anaknya memilih untuk jadi warganegara Malaysia tetapi ada beberapa kekangan.

Sudah tentu saya ingin anak-anak saya menjadi rakyat Malaysia tetapi suami saya adalah warga British dan kami bekerja dan menetap di United Kingdom (UK).

Disebabkan komitmen saya di sini, saya tidak dapat pulang ke Malaysia untuk bersalin. Saya kini sedang sarat hamil dan masih bekerja. Mengambil penerbangan jarak jauh dan cuti kerja bukanlah pilihan terbaik untuk kami dan bayi.

Dr. Amalina juga menegaskan bahawa ini adalah keputusan terbaik yang telah dipersetujui bersama suami dan keluarga.

Anak-anak Dr. Amalina tetapi berdarah kacukan Melayu.

Walaupun tinggal di UK dan kewarganegaraan British, anak-anak kami akan tetap berdarah kacukan Melayu. Percampuran dua budaya akan memberikan mereka kehidupan yang berwarna-warni.

Saya akan membesarkan mereka untuk memahami nilai-nilai Malaysia & Islam, serta mempelajari Bahasa Melayu. Pada akhirnya, tidak kira di mana mereka tinggal atau passport negara mana yang mereka ada, yang penting mereka adalah insan yang mempunyai nilai moral yang baik di mana boleh menyumbang kepada kemanusiaan

Specialist training Dr. Amalina dibayar dengan duit cukai rakyat UK

Dr. Amalina yang dilihat sudah penat dengan tuduhan tidak berasas segelintir indivindu yang mendakwa dirinya lupa diri itu memberikan penjelasan yang padat.

Saya bekerja, menyambung kepakaran dan membuat PhD supaya menjadi pakar terbaik dalam bidang saya. PhD saya ditaja oleh geran NIHR UK dan saya memenangi fellowship daripada Imperial College London atas usaha saya sendiri.

Specialist training saya dibayar oleh duit cukai rakyat UK setelah bersaing dengan beribu rakyat UK & international graduates untuk mendapat tempat dalam program ini.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas