Connect with us

Oh! Media

Dituduh Tidak Pedulikan Arwah, Adik Benjy Jawab Tohmahan Pelakon

Oh! Artis

Dituduh Tidak Pedulikan Arwah, Adik Benjy Jawab Tohmahan Pelakon

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kehilangan pelakon berbakat tanah air, Benjy Ibrahim yang meninggal dunia di Medan, Indonesia, akibat penyakit asma dan urusan pengebumian dilakukan di Medan. Ramai selebriti tempatan menzahirkan ucapan takziah kepada arwah selain turut mendoakan agar arwah ditempat dalam kalangan orang beriman.

ADVERTISEMENT

BACA: Benjy Ibrahim Meninggal Dunia

Namun, disebalik kesedihan itu, muncul pula kejadian yang mana adik kepada arwah telah diserang oleh seorang individu yang dipercayai pelakon tempatan yang menuduh dia dan keluarga tidak memperdulikan Benjy sepanjang berada di dalam penjara.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh adik arwah Benji di laman Instagramnya bernama Inessa Irdayanty yang menzahirkan rasa tidak puas hati keatas fitnah yang dilemparkan kepadanya tanpa mengetahui cerita sebenar yang berlaku.

Berdasarkan hantaran itu, Inessa mengecam tindakan individu tersebut yang melemparkan fitnah secara melulu, namun dia tidak pasti sama ada akuan tersebut adalah palsu ataupun tidak.

Aku tak pastu ini adalah akuan rasmi atau palsu tetapi, excuse me. Saya tak habis menangis lagi, kubur abang masih merah dan kau boleh tanya benda-benda macam ni? Aku tengah kerja, dapat pula pesanan macam ni. Mula-mula nak abaikan tapi bila dia mula petik nama kakak dan mak aku, kau cari pasal.

Kat Profile tulis takziah la, awak idola saya la, pastu tergamak tulis camtu.

Inessa turut mendedahkan bahawa dia dan ahli keluarganya berusaha setiap hari bagi menyara keperluan Benjy sehingga mendedahkan bahawa kakaknya hampir membunuh diri oleh sebab tidak tahan dengan tekanan yang dilaluinya.

Kau tahu ke berapa banyak duit kakak aku bagi kat Ben tiap-tiap bulan? kakak aku buat sampai tujuh perkerjaan dalam satu masa. Sampai tahap doktor suruh berhenti kerja sebab dia bagai nak mati cari duit nak hantar kat abang aku.

Kau tahu tak kakak aku hampir nak bunuh diri sebab tak tahan dengan pressure jaga abang aku.

Individu yang dipercayai menggunakan nama pelakon wanita bernama Norish Karman itu menuduh Inessa dan keluarga mengambaikan keperluan Allahyarham Benjy sehingga saat dia meninggal dunia.

Menjawab kepada tohmahan itu, Inessa mendedahkan bahawa Benjy pernah beberapa kali meminta maaf di atas apa yang berlaku dan pernah memohon maaf berkali-kali kepada abangnya kerana tidak mampu untuk membantu lebih.

Jika mak kamu tahu perbuatan kami? Percayalah, jika mak aku baca DM kau ni, dua-dua belah muka kau dah kena tampar dah. Kau tak tahu apa-apa.

Walaubagaimanapun, kami dari pihak Oh! Media ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarga arwah dan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Kredit: inessukamakan I Utusan Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas