Oh! Artis
Dituduh Luah Perasaan Mengenai Hal Keluarga Untuk Raih Publisiti, Ini Respon Abby Abadi
Sebelum ini timbul dakwaan yang mengatakan pelakon, Abby Abadi sengaja meluahkan perasaan mengenai hal keluarga di media sosial untuk mencari publisiti.
BACA: Abby Abadi Tahu Berita Pemergian Cucu Lepas 2 Hari, Ini Jawapan Marissa Dania
Menurut laporan mStar, Abby tidak berdiam diri dan tampil menafikan dakwaan itu. Dia juga berkata yang luahan hatinya berlaku secara sendiri dan bukannya untuk mencari publisiti.
Demi Allah, saya tiada niat nak buat konten (mengenai masalah keluarga) atau apa pun. Ia hanya berlaku secara sendiri. Kalau nak ikutkan, tidak ada pun yang saya luahkan.
Abby juga berkata yang netizen suka membuat andaian dan menjangkakan sebaliknya dari apa situasi sebenar.
Mereka ini hanya buat andaian sahaja. Benda yang saya muat naik itu pun saya hanya masukkan lagu dan juga petikan ayat sahaja. Orang yang menjangkakan benda lain. Itu baru sikit, banyak lagi yang sebenarnya saya simpan.
Bukan tu jer, pelakon itu juga menafikan yang dia sengaja pusing cerita mengenai berita kematian anak kepada Marissa Dania baru-baru ini.
Mengenai Marissa kematian baby saya memang tak tahu dan lambat dapat tahu. Demi Allah, saya tak tahu. Ada yang kata saya pusing cerita. Tahu tapi buat tak tahu, aduhai, apa yang pusingnya? Saya dapat tahu lepas semuanya selesai.
Walau bagaimanapun, Abby juga meluahkan rasa syukur kerana anak-anaknya masih menghormati dirinya walaupun terdapat pelbagai masalah yang dihadapi.

