Connect with us

Oh! Media

Abby Abadi Tahu Berita Pemergian Cucu Lepas 2 Hari, Ini Jawapan Marissa Dania

Ohmedia aslam

Oh! Artis

Abby Abadi Tahu Berita Pemergian Cucu Lepas 2 Hari, Ini Jawapan Marissa Dania

Pempengaruh terkenal, Marissa Dania menafikan dakwaan mengetepikan ibu kandungnya, Abby Abadi ketika kehilangan anak sulung baru-baru ini.

Menurut Marissa, berita duka itu dimaklumkan Aslam kepada Norman Hakim kerana suaminya lebih selesa dengan Norman.

Marissa Dania

Mama tak tahu tu sebab Aslam lebih selesa dengan papa. Even dengan mommy pun Aslam tak ada cakap. Dia lebih selesa sebab lelaki dengan lelaki kan. Itu jelah sebabnya.

Sementara itu, pelakon Abby Abadi memberitahu dia menerima khabar mengenai pemergian cucu sulungnya itu selepas dua hari.

IKLAN
Abby Abadi

Difahamkan, ketika Marissa dimasukkan ke hospital Abby Abadi tiada di rumah di atas urusan perniagaan.

Masa tu sebenarnya saya tak ada tak silap saya, saya pun tak ingat sebab saya tahu selepas dua hari. Saya macam tertinggal bas. Nak buat macam mana, selepas dua hari baru tahu, dah tak ada pun.

Marissa dan suaminya bagaimanapun menganggap sudah tiada rezeki mereka untuk menimang cahaya mata.

Mereka menguatkan semangat dan mengharungi ujian bersama-sama. Kini, mereka sudah reda dengan pemergian tersebut.

Ohmedia aslam

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Xtra


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas