Connect with us

Oh! Media

Dituduh Jual Mahal, Ajak Shiro Dedah Sebab Sebenar Harga Sambal Udang Cecah RM9.90

Ohmedia ajak Shiro

Oh! Artis

Dituduh Jual Mahal, Ajak Shiro Dedah Sebab Sebenar Harga Sambal Udang Cecah RM9.90

Kata Ajak, sambal udang tersebut juga ada petai yang umum tahu kosnya mahal.

Baru-baru ini, seorang pengguna Thread mendakwa menu sambal udang dijual di kedai kepunyaan Ajak Shiro mahal.

Dakwanya, dia membayar RM9.90 untuk menu tambahan tersebut tetapi kuantiti yang diterima sangat mengecewakan. Dapat empat ekor udang comel je katanya!

Sambal udang ada petai

Sambal Udang

Menjawab kepada isu tersebut, pelawak dan penyampai radio, Ajak Shiro tampil memberi penjelasan.

IKLAN

Ajak berkata, harga lauk yang dikatakan mahal itu sebenarnya disebabkan bahan yang digunakan seperti petai dalam sambal udang.

Menurut Ajak, harga nasi padang di kedainya bermula serendah RM5 dengan lauk yang berharga sekitar RM4 hingga RM7.

Kalau nak kata mahal, nasi padang saya ini bermula dengan RM5 saja. Pada saya, kalau nak saya kurangkan lagi tak boleh… cuma kalau udang ada mahal sikit tapi kalau korang datang daftar sebagai ‘member’ insyaallah dapat lagi kurang.

Tambahnya lagi, set lauk nasi di kedainya hanya sekitar RM11.90 hingga RM14.90.

Terima kritikan sebagai peluang untuk perbaiki diri

Ajak Shiro

Ajak turut berkongsi bahawa dia sentiasa terbuka menerima sebarang komen atau kritikan daripada pelanggan demi memperbaiki perkhidmatan kedainya yang telah beroperasi selama setahun.

Jelas Ajak, dia tidak akan marah dengan aduan pelanggan malah menganggap ia sebagai ruang untuk menjadi lebih baik.

Pssttt! Ajak menunjukkan contoh yang baik sebagai peniaga dengan tidak cepat melatah terhadap kritikan pelanggan. Sikap terbuka dan tenang sepertinya wajar dijadikan inspirasi oleh usahawan lain kerana setiap teguran sebenarnya boleh dijadikan peluang untuk memperbaiki mutu perkhidmatan.

Kredit: Gempak
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas