Connect with us

Oh! Media

Dikatakan Sudah Tinggalkan Majistret, Akim Jelas Perkara Sebenar

Oh! Artis

Dikatakan Sudah Tinggalkan Majistret, Akim Jelas Perkara Sebenar

Akim & The Majistret (ATM) merupakan salah satu band yang terkenal di Malaysia. Mana tidaknya, lagu-lagu yang dinyanyikan oleh band ini seperti Mewangi, Potret, Rampas dan sebagainya berjaya menambat hati peminat tanah air di luar sana selain pernah menjuarai Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-30 dengan lagu Potret.

ADVERTISEMENT

Terbaru, dikatakan penyanyi dalam kumpulan Akim & The Majistret, Akim Ahmad dikatakan telah bergerak secara solo selepas melancarkan single terbaru berjudul Bayang.

Menurut laporan Metro, Penyanyi berusia 30 tahun itu bagaimanapun menafikan khabar angin tersebut dan memberitahu bahawa single Bayang tersebut adalah projek solo untuk lagu tema drama Sabarlah Duhai Hati yang bakal ditayangkan di Slot Akasia, TV3.

ATM masih ada. Sekarang ini kami dalam perancangan untuk mengumpul lagu bagi projek album. Perlukan waktu untuk cari bahan yang berkualiti. Tiada istilah ATM berhenti seketika. Baik saya muncul secara solo mahu pun bersama ATM, semua kena jalan.

Akim menafikan bahawa beliau sudah meninggalkan Majistret

Cuma, kebetulan ada projek terbaru daripada Nova Music yang memerlukan saya untuk merakam lagu secara solo. Lagu yang sesuai pun sudah ada jadi saya ambil keputusan untuk terus merakam lagu Bayang.

Menurut Akim, atau nama sebenarnya ialah Afiq Hakim Ahmad, lagu hasil ciptannya sendiri menggunakan nama Hang Nadim dan lirik oleh Hang Nadim, Bunga Cantik Arisz Ab Rahman itu dianggap istimewa kerana ia adalah hasil idea bersama isterinya, Stacy.

Akim Ahmad mengakui lagu Bayang merupakan lagu yang istimewa

Dari segi bunyi dan muzik, ia juga berbeza dengan ATM. Muzik Bayang lebih mengenengahkan instrumen elektronik. Malah, ia sangat istimewa kerana hasil cetusan idea saya bersama Stacy.

Malah, ketika proses rakaman, Stacy yang menjaga vokal saya. Itu yang saya cakap, lagu ini antara kerjasama istimewa kami. Ada ‘sentimental value.

Walaubagaimanapun, selepas kenyataan dikeluarkan daripada Akim ini sedikit sebanyak menepis dakwaan bahawa beliau sudah meninggalkan Majistret.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas