Oh! Artis
Didakwa Curang Dengan Model Seksi Nadira Isaac, Harith Iskander Buka Mulut
Menerusi ruangan komen sebuah portal, nama model seksi Nadira Isaac tiba-tiba kena petik didakwa menjadi punca penceraian Harith Iskander dan Dr Jezamine Lim.
Namun, Harith Iskander menerusi laporan mStar menafikan dakwaan tidak berasas tersebut. Harith berkata, dakwaan itu hanyalah khabar angin semata-mata bagi meraih perhatian ramai.

Malah, Harith sendiri tidak tahu mengenai gosip tersebut sehinggalah diberitahu bekas isterinya.



Pelawak ini juga beranggapan perkara sebegini hanya akan panas sekejap, kemudian ‘senyap’.
Ikhlas saya cakap, saya tak baca apa-apa cerita daripada netizen. Bagi saya ada orang yang ingin mengambil kesempatan untuk dapatkan perhatian buat diri mereka.
Dr Jezamine pula berkata, Nadira Isaac adalah kenalan dan hanya berjumpa sesekali ketika acara. Mereka bukanlah berkawan kerana tidak pernah duduk melepak atau keluar bersama.

Itu hanya spekulasi, jangan ambil serius. Janganlah tumpu perhatian pada dia, buang masa saya je.
Dr Jezamine sekaligus menafikan dakwaan bahawa model cantik dan ratu cantik itu punca kepada perpisahannya bersama Harith.
Sebelum ini, Nadira Isaac ada meninggalkan komen menjelaskan dia tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Harith Iskander seperti yang diperkatakan netizen.

Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM