Connect with us

Oh! Media

Dibuli Anak Penyampai Radio Terkenal, Ibu Mangsa Buat Pendedahan

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Oh! Artis

Dibuli Anak Penyampai Radio Terkenal, Ibu Mangsa Buat Pendedahan

Ibu dedah anak dibuli anak penyampai radio, tapi cuma terima maaf melalui guru.

Susulan isu buli melibatkan seorang pelajar sekolah yang tular sebelum ini, ibu mangsa yang dikenali sebagai Siti tampil menceritakan perkembangan terkini.

Menurut Siti, ibu kepada pelaku yang juga isteri kepada seorang penyampai radio terkenal akhirnya memohon maaf, namun bukan secara bersemuka.

Sebaliknya, permohonan maaf itu disampaikan melalui guru sekolah selepas Siti sendiri mengemukakan bukti kejadian kepada pihak sekolah.

IKLAN

Saya kemukakan bahan bukti baru dia minta maaf. Tapi pun bukan secara berdepan, cuma disampaikan melalui guru.- Katanya.

Cuma dikenakan amaran, ibu kecewa dengan tindakan sekolah…

Ohmedia buli 1png

Lebih mengecewakan, lima pelajar termasuk anak penyampai radio terbabit hanya dikenakan tindakan amaran oleh pihak sekolah, walaupun kejadian buli itu jelas berlaku.

Anak artis itu serta kawan-kawan lain hanya dikenakan amaran sahaja.- Jelas Siti.

Menurutnya lagi, meskipun beliau tidak bersetuju dengan hukuman ringan yang diberikan, dia dan suaminya memilih untuk tidak memanjangkan perkara tersebut demi menjaga kesihatan emosi anak mereka.

Kami nak sembuhkan anak sendiri, bukan betulkan anak orang.- Tambahnya.

Siti turut meluahkan yang dia dan suami sangat terkesan dengan insiden itu dan kini mahu memberi fokus penuh kepada proses pemulihan anak mereka.

Jujurnya saya tak okay dengan hukuman itu tapi saya tak mahu panjangkan cerita. Sebab emosi saya dan suami terganggu dengan apa yang berlaku.

Tapi kami sepakat nak sembuhkan anak sendiri daripada betulkan anak orang lain.- Katanya lagi.

Buli

Tambah Siti, sejak kejadian itu, anak kepada penyampai radio terbabit juga tidak lagi mengganggu anaknya.

Isu ini mula mendapat perhatian selepas laporan mStar sebelum ini mengenai dakwaan Siti yang mendakwa anaknya menjadi mangsa buli berterusan di sekolah.

Antara bentuk buli yang didedahkan termasuklah ejekan yang menyentuh warna kulit serta tekanan emosi dan mental yang berpanjangan.

Pssttt! Ohmedia simpati dengan apa yang berlaku dan harap korang semua, terutamanya ibu bapa, jangan pandang ringan bila ada aduan tentang buli. Kalau anak korang jadi mangsa, tolong beri sokongan dan suara. Tapi kalau anak korang pelaku, jangan cuba lindung atau buat tak tahu. Didik mereka agar tahu batas dan hormat sesama manusia.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas