Connect with us

Oh! Media

Dibanjiri Komen Ucapan Tahniah, Ini Bakal Isteri Haqiem Rusli?

Haqiem 2

Oh! Artis

Dibanjiri Komen Ucapan Tahniah, Ini Bakal Isteri Haqiem Rusli?

Penyanyi yang popular dengan lagu Mimpi, Haqiem Rusli mengumumkan bakal menamatkan zaman bujang pada 19 November ini.

BACA: Haqiem Rusli Buat Live Jam 2 Pagi, Umum Nikah Hujung Tahun Ini

Majlis akad nikah akan dijalankan pada petang Jumaat, manakala majlis resepsi secara kecil-kecilan akan dibuat pada sebelah malamnya.

IKLAN

Menerusi temu bual bersama Melodi, Haqiem mendedahkan bakal isterinya itu merupakan rakan bisnesnya. Mereka mula berkenalan melalui perniagaan yang dijalankan bersama.

Menyifatkan bakal isteri sebagai seorang yang ‘sempoi’, Haqiem berkata gadis itu sangat lengkap di matanya. Tambah Haqiem lagi, kehadiran gadis itu membuatkannya gembira dan telah banyak mengubah dirinya.

Menurut penyanyi ini lagi, mereka sudah hampir dua tahun mengenali hati budi masing-masing. Kali pertama berjumpa gadis itu, hatinya berkata ‘ya’ dan Haqiem yakin ‘she’s the one’.

Whatsapp image 2021 11 15 at 80507 pm

Sementara itu, mStar mendedahkan beberapa keping foto dan trivia mengenai bakal isteri Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea.

Whatsapp image 2021 11 15 at 80522 pm

Difahamkan, Anis baru berusia 19 tahun dan keluarganya berasal dari Kelantan. Merupakan seorang selebriti media sosial, Anis mempunyai seramai 41,000 pengikut di Instagram.

Whatsapp image 2021 11 15 at 81437 pm
Whatsapp image 2021 11 15 at 81457 pm
Whatsapp image 2021 11 15 at 81515 pm
Whatsapp image 2021 11 15 at 81527 pm 1

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang meninggalkan komen mengucapkan tahniah di atas perkahwinan yang bakal berlangsung. Peminat turut memuji rupa paras gadis ini yang sangat lembut dan comel.

Kredit: Youtube TV3Malaysia Official | mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas