Connect with us

Oh! Media

Diana Danielle Didakwa Ada Sakit Bipolar, Ini Apa Kata Tuan Badan

Ohmedia diana danielle adhd sakit

Oh! Artis

Diana Danielle Didakwa Ada Sakit Bipolar, Ini Apa Kata Tuan Badan

Pelakon Diana Danielle tampil menjelaskan bahawa dia bukanlah seorang pesakit bipolar, sebaliknya disahkan menghidap Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD).

Menurut Diana, 33, tuduhan kononnya dia mempunyai bipolar hanyalah spekulasi yang cuba menafikan beberapa keputusan peribadinya.

“Saya Hanya Ada ADHD, Bukan Bipolar” – Diana Danielle.

Diana menjelaskan dalam Instastorynya pada pagi Jumaat bahawa dia tidak pernah mengalami episod mania atau kecelaruan personaliti yang sering dikaitkan dengan bipolar.

IKLAN

Sebelum ini, Diana berkongsi bahawa ADHD yang dihidapinya menyebabkan masalah memori dan cepat lupa. Namun begitu, dia tetap menjalani rawatan berkala dengan doktor pakar bagi memantau keadaan kesihatannya.

Image

Isu mengenai tahap kesihatan mental Diana Danielle ini timbul selepas tekad untuk bercerai sekali lagi dengan Farid Kamil…

Isu kesihatan mental Diana mula menjadi bualan ramai selepas dia nekad untuk bercerai dengan suaminya, pelakon Farid Kamil. Pasangan ini sebelum ini pernah rujuk semula setelah bercerai talak satu pada Ogos tahun lalu. Mereka berkahwin pada 2012 dan dikurniakan dua anak, Muhammad dan Nur Aurora.

#OhmediaNasihat

Kesihatan mental adalah isu yang harus diambil serius, bukan dijadikan bahan spekulasi. Sebagai masyarakat, lebih baik kita memberi sokongan daripada membuat andaian yang mungkin menyakitkan hati mereka yang terkesan.

Ohmedia diana danielle adhd sakit

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas