Connect with us

Oh! Media

“Dia Kenal Diri Saya ‘A to Z’” – Pelajar 21 Tahun Berjaya Pikat Hati Radhi OAG, Harap Ini Jadi Yang Terakhir

radhi oag

Oh! Artis

“Dia Kenal Diri Saya ‘A to Z’” – Pelajar 21 Tahun Berjaya Pikat Hati Radhi OAG, Harap Ini Jadi Yang Terakhir

Muhammad Radhi Razali, nama yang tidak asing lagi dalam dunia nyanyian yang cukup terkenal sebagai vokalis kumpulan OAG. Lebih popular dengan panggilan Radhi OAG kini mendedahkan sedang hangat bercinta bersama seorang gadis berusia 21 tahun.

ADVERTISEMENT

Berdasarkan laporan Kosmo!, Radhi mendedahkan dia kini sedang berkenalan dan rapat dengan seorang pelajar dari sebuah universiti awam dan berharap agar ini yang terakhir.

Dia memang sempoi…

Kalau boleh saya taknak kongsi sangat tapi biarlah yang ketiga ini jadi yang terakhir. Kalau dan tiba masanya nanti barulah saya akan kongsikan kepada semua.

Dia memang sempoi, tak ada media sosial dan saya memang nak cari yang macam itu. Ini semua adalah perancangan sahaja untuk fasa seterusnya.

Radhi memaklumkan mereka berkenalan sejak 2 tahun lalu dan kini meminta gadis terbabit untuk fokus kepada pengajian dahulu sebelum ke langkah rumah tangga.

2Apa yang boleh saya katakan dia kenal diri saya ‘A to Z’. Cara pergaulan dan percakapannya, dia tahu apa yang boleh dan tidak boleh.

Namun, ingin saya tekankan yang ini semua adala perancangan. Paling penting dia kena fokus belajar dahulu dan saya boleh berusaha untuk perbaiki diri lagi.

Untuk pengetahuan korang, Radhi sebelum ini berdepan pertuduhan di mahkamah pada 14 Februari 2022 kerana memukul dan mencederakan bekas isterinya. Kita doakan agar hubungan baik yang ingin dibina ini dipermudahkanNya.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas