Connect with us

Oh! Media

“Dia Cuma Orang Biasa” – Daler Yusuf Rancang Untuk Berkahwin

Artikel 6 25 10

Oh! Artis

“Dia Cuma Orang Biasa” – Daler Yusuf Rancang Untuk Berkahwin

Daler Yusuf Khamrokulov bin Muhammad atau dikenali sebagai Daler Yusuf merupakan seorang pelakon dan model di Malaysia. Dia dikenali dalam drama terkenal, ‘Encik Suami Mat Salih Celup’ dan ‘Tuan Anas Mikael’.

BACA: Nama Sebenar 30 Artis Yang Mungkin Korang Tak Tahu

Menurut Utusan, Daler Yusuf, 28, telah menyatakan niatnya yang mahu mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, tidak lama lagi.

IKLAN

Merahsiakan bakal isteri

Daler Yusuf

Jejaka ini sedang menanti waktu yang tepat untuk memberitahu lebih lanjut mengenai rancangannya untuk mendirikan rumah tangga. Dia juga ingin merahsiakan identiti bakal isterinya buat sementara waktu ini.

Ya, saya merancang untuk berkahwin. Dalam masa terdekat.

Saya akan kongsikan perinciannya pada waktu yang sesuai nanti. Itu sahaja yang boleh saya katakan.

Pelakon kacak berkulit putih kelahiran Uzbezkistan ini mengakui sudah lama kenal dengan teman wanitanya dan perempuan bertuah ini bukanlah dari golongan terkenal atau artis popular.

Tidak, dia bukan orang industri.

Kami sudah lama kenal. Dia cuma orang biasa.

Siapa pun wanita yang bakal menjadi teman hidup Daler Yusuf, pastinya akan menjadi bual bicara netizen kerana telah berjaya menawan hati pelakon kacak ini. Semoga semuanya dipermudahkan sehingga ke jinjang pelamin.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas