Oh! Artis
“Di Situlah Tempat Saya..” – Datuk Red Kini Sewa Bilik RM250 Tanpa Tandas
Dulu dikenali sebagai usahawan berjaya, kini Datuk Red hanya mampu menyewa bilik kecil tanpa tandas dengan harga RM250 sebulan.
Bekas suami kepada penyanyi popular Adira ini berkongsi keadaan hidupnya yang jauh berubah selepas diisytihar muflis, dalam satu temu bual eksklusif bersama Dol’s Podcast.
Red, atau nama penuhnya Adnan Abu, kini menjalani kehidupan yang sangat sederhana dan penuh cabaran. Namun apa yang dikongsikan, memang boleh buat sesiapa pun rasa sebak.
Sewa bilik kecil tanpa tandas…

Red kini menyewa sebuah bilik kecil bersaiz 10×10 kaki di Sungai Buloh dengan harga RM250 sebulan. Namun bilik itu langsung tidak mempunyai tandas.
Sekarang ni tempat tinggal saya hanya bilik bersaiz 10×10 kaki dan bilik tu tak ada tandas.
Saya suruh untuk singgah mana-mana tandas awam terlebih dahulu.- Katanya.
Difahamkan, bilik tersebut asalnya ingin dijadikan pejabat kerana dilengkapi penghawa dingin. Tapi disebabkan tiada tandas, dia terpaksa reda dengan keadaan.
Tidur dalam kereta, mandi di RnR…

Datuk Red juga mengakui dia sudah biasa tidur dalam kereta dan mandi di hentian RnR. Malah, pihak RnR pun dah ‘kenal’ dengannya.
RnR mana semua memang dah kenal saya dah. Saya mandi pun di RnR. Di situlah tempat saya buat live TikTok.- Katanya lagi.
Walaupun situasi ini mengejutkan, Red nampak tabah dan teruskan kehidupan dengan seadanya.
Masih cinta Adira, cuba bangkit semula…

Red turut berkongsi yang dia sedang dilamun cinta semula dengan bekas isteri, Adira dan berhasrat untuk berkahwin semula selepas berbincang dengan keluarga.
Beliau juga sedang berusaha sedaya upaya untuk melangsaikan hutang sebanyak RM7 juta dalam tempoh tiga tahun.
#ApaKataOhmedia
Kisah Datuk Red ni cukup menyentuh hati. Dari hidup mewah, kini dia terpaksa harungi cabaran besar dalam hidup.
Bila hidup dah terhumban ke bawah, hanya kekuatan dalaman dan keikhlasan orang sekeliling yang boleh bantu kita bangkit semula. Walaupun dah jatuh, Red masih mampu tersenyum dan teruskan hidup.
Kredit: Shuib Channel
Baca reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM