
Oh! Artis
“Demi Maruah Faz Sebagai Wanita” – Hantaran Terbaru Fazura Undang Perhatian
Selebriti terkenal, Nur Fazura tampil berterima kasih kepada semua orang yang telah memberikan semangat, sokongan, doa serta tanda hati buat dirinya sejak lebih seminggu yang lalu.
Kata pelakon jelita ini, keputusan yang dibuatnya pada 13 September lalu telah melalui pertimbangan dan refleksi yang mendalam terhadap masa depannya dan anak, Nur Fatima Aisya.


Katanya lagi, ianya bukanlah satu keputusan yang dibuat secara ringan dan beliau nekad dengan keputusan tersebut.
Pada hari ini, Faz kekal nekad untuk meneruskan keputusan Faz sebelum ini demi maruah Faz sebagai wanita dan kesejahteraan Fatima dalam hidup Faz.
Pelakon filem Gol & Gincu ini memohon orang ramai dapat mendoakan semoga proses tersebut berjalan dengan baik dan lancar.
