Connect with us

Oh! Media

Dedah Alami Gangguan Bipolar, Janna Nick Nafi Cuba Raih Simpati

Oh! Artis

Dedah Alami Gangguan Bipolar, Janna Nick Nafi Cuba Raih Simpati

Pelakon dan pengacara, Janna Nick sebelum ini membuat pendedahan mengejutkan apabila dia disahkan mengalami gangguan bipolar. Bukan itu sahaja, dia juga mengaku penah melakukan cubaan bunuh diri pada usia 14 dan 15 tahun.

ADVERTISEMENT

BACA: Janna Nick Disahkan Hidap Bipolar Disorder, Pernah Buat Cubaan Bunuh Diri

Jelas Janna, pendedahan yang dibuatnya itu bukanlah untuk meraih simpati sebaliknya mahu orang ramai lebih peka terhadap masalah berkaitan kesihatan mental.

Keadaan saya sekarang okay sebab masih lagi di bawah pemantauan ubat daripada doktor. Cuma, cabaran dan dugaannya apabila ubat yang perlu saya ambil itu tidak sesuai untuk kerjaya ini kerana ia memberi kesan cepat mengantuk selain terlebih tenang. Saya sebenarnya sudah tiga kali bertukar ubat yang sesuai.

Kata pelakon ini lagi, keadaannya kini semakin stabil namun perlu berjumpa pakar psikiatri selain mengambil ubat.

Saya sendiri pun terkejut apabila doktor mengesahkan saya mengalami masalah gangguan bipolar dan pemikiran saya berada dalam keadaan tidak seimbang ketika itu. Ia bukan sakit seperti demam yang cepat kita boleh sedar dan tahu.

Menurutnya, sebelum ini ahli keluarga tahu mengenai masalah yang dihadapinya cuma tidak menyangka keadaan mentalnya semakin serius.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Teruskan membaco..

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

To Top