Connect with us

Oh! Media

khairul aming

Oh! Artis

“Declined, Tolonglah Jangan Tengok..” – Ramai Terhibur Lihat Gelagat Khairul Aming

Personaliti media sosial dan usahawan, Khairul Aming, mencuit hati netizen apabila menghadapi kesukaran membuat pembayaran di sebuah pusat beli-belah di Kota Bharu.

Ketika cuba membayar pakaian bernilai RM19,330 untuk mangsa banjir, kad banknya berulang kali ditolak oleh sistem.

IKLAN

Declined. Tolonglah jangan tengok, malu Khairul Aming. Duit orang tapi kad aku tak clear lagi. Kalau kena reject juga, tunggu saya kena clean apa yang perlu sebab seminggu ni memang tak sempat nak buat apa. Tidur pun tak sempat. – Katanya dalam sesi siaran langsung petang tadi.

Khairul Aming terus mencuba semua kad kredit yang dia ada…

khairul aming

Dalam situasi kelam kabut itu, Khairul Aming mencuba beberapa kad lain, namun semuanya gagal. Dia menjelaskan, ini mungkin kerana terlalu banyak transaksi untuk pembelian bantuan banjir minggu ini hingga menyebabkan sistem menolak transaksinya.

Yang ini boleh kot? Declined juga. Menangis aku tiga kad. Sekali lagi (bawa keluar kad bank lain), sebab minggu ni kita buat pembelian semua pakai kad ini.

Tapi saya tak clear lagi kad sebab banyak sangat duit untuk banjir yang orang bagi.- katanya dengan nada berseloroh.

Netizen terhibur lihat sikap spontan Khairul Aming

Rata-rata netizen merasa terhibur dan turut bersimpati dengan situasi yang dialami oleh Khairul Aming. Walaupun menghadapi kesulitan ini, usahawan kelahiran Kelantan itu tetap tenang dan terus berusaha memastikan bantuan banjir berjalan lancar.

Sebagai info, Khairul Aming telah menamatkan misinya pada 4 Disember 2024 selepas beberapa hari bertungkus lumus membantu mangsa banjir di Pantai Timur.

khairul aming

BACA: Khairul Aming Tamatkan Misi Banjir Di Kelantan, “Mohon Maaf, Esok Hari Terakhir”

#OhmediaNasihat

Bila berurusan dengan transaksi besar, pastikan kad bank anda aktif dan had transaksi telah disemak lebih awal. Semangat dan usaha Khairul Aming membantu mangsa banjir patut menjadi inspirasi kepada kita semua. Jangan mudah menyerah walaupun berdepan cabaran!

khairul aming

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: TikTok


Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas