Connect with us

Oh! Media

Datin Alyah Mohon Doakan Kesihatan Tok Ram, Doktor Sahkan Diserang Vertigo

datin alyah

Oh! Artis

Datin Alyah Mohon Doakan Kesihatan Tok Ram, Doktor Sahkan Diserang Vertigo

Malam tadi, Datin Alyah memaklumkan suaminya iaitu Datuk Ramli MS (Tok Ram) diserang vertigo. Mereka ketika itu dalam perjalanan pulang ke kampung kelahirannya, Singapura sebelum tiba-tiba Datuk Ramli rasa pening.

ADVERTISEMENT

Perkembangan Tok Ram itu dikongsikan Datin Alyah di Instagram di mana mereka mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Singapura.

Tok Ram dapatkan rawatan dari jam 3 pagi hingga 6 pagi di Singapura.

tok ram

Tok Ram pada awalnya mengadu rasa pening ketika berada di perhentian bas Larkin, Johor Bahru.

Setibanya di perhentian bas Larkin, Tok Ram diserang vertigo dan mengadu kepala sudah berpusing (pening). Selepas melepasi Woodland Check Point, Tok Ram minta hantar ke hospital dan lakukan pemeriksaan dari pukul 3 pagi hingga 6 pagi.

Keesokannya, saya dan Tok Ram ke Pusat Perubatan Mounth Elizabeth untuk pemeriksaan lebih lanjut mengenai masalah vertigonya yang semakin kerap menyerang.

Keadaan Tok Ram semakin pulih

Datin Alyah kemudian meluahkan rasa syukur kerana keadaan Tok Ram kini semakin baik dan sempat bertemu ahli keluarga.

Selepas pemeriksaan kesihatan, dia sempat bertemu dengan adik-adiknya. Ketika itu dia rasa mungkin sudah okay. Dia pun gembira dapat jumpa keluarga sebab sudah lama tak balik Singapura.

Dalam pada itu, Datin Alyah turut meminta maaf kepada semua kerana tak sempat menjawab panggilan dan ucapan hari lahirnya.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas