Connect with us

Oh! Media

Da’i Syed Mohon Maaf Kepada Individu Yang Menuduhnya Sebagai Perog*l

da'i syed

Oh! Artis

Da’i Syed Mohon Maaf Kepada Individu Yang Menuduhnya Sebagai Perog*l

Penyanyi rap, Caprice ketika ini sedang rancak menjalankan satu podcast di YouTube dengan menampilkan selebriti-selebriti yang sedang ataupun pernah terpalit kontroversi panas. Macam sebelum ini Abang Tesla dengan isteri pertama juga telah dipanggil dan terbaru, pendakwah selebriti kontroversi, Da’i Syed turut dijemput.

ADVERTISEMENT

Dalam podcast ini, Syed mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada individu yang cuba mengheretnya ke mahkamah atas tuduhan jenayah seksual. Permohonan maaf ini dilakukannya sekiranya dia ada melakukan sebarang tindakan yang menyakiti individu itu.

Saya minta maaf kalau saya lakukan kesalahan pada dia. Dengan saya ucapkan saya mohon maaf pada semua. Diri saya dan pada isteri saya, kalau kita lakukan yang menyakiti hati atau sebagainya.

Jadi saya mohon maaf dari lubuk hati yang paling dalam.

Syed yang turut ditemani isteri tersayang, Hana Ismail juga memaklumkan bahawa dia telah memaafkan semua individu yang menuduhnya sebagai perogol sebelum ini.

Apa yang boleh saya beritahu pada dia (individu berkenaan), hadapilah hidup ini dengan tenang sebab kita tidak tahu kita akan masuk syurga atau neraka.

Kalau nak ceritakan yang saya dah maafkan. Saya dah maafkan lebih awal lagi. Saya anggap ini ujian Allah kepada saya untuk memberi cahaya dan jalan lebih baik kepada saya.

Kredit: YouTube

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas